Bengkel Kursus Penulisan Ilmiah Anjuran BPTV, KPM dengan Kerjasama Akademi Penulis Berjaya!

Alhamdulillah pihak kami baru sahaja selesai satu lagi program anjuran Akademi Penulis iaitu Bengkel Kursus Penulisan Buku Ilmiah anjuran Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selama 4 hari 3 malam pihak kami berkampung di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor.

Para peserta yang hadir terdiri daripada 32 orang pegawai terdiri daripada para pegawai BPTV termasuk pengetua dan guru cemerlang sekolah menengah teknik. Ia adalah salah satu bengkel di bawah program khas penghasilan buku BPTV. Bengkel intensif kedua akan diadakan daripada 10 hingga 13 hb. Februari 2009 di Hotel MITC Ancasa, Melaka.

Melihat wajah bersemangat para peserta menjadikan para perunding Akademi Penulis terasa puas dan akan terus bersemangat bagi bersama mereka menyelesaikan projek ini. Di bawah dikongsikan gambar kami sepanjang 4 hari 3 malam di sana.

About Pentadbir Akademi Penulis
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang latihan dan pembangunan penulis. Dahulunya Akademi Penulis bermula daripada sebuah laman blog www.akademipenulis.com milik En. Fauzul Na’im Ishak. Beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan jurulatih pembangunan penulis. Di blog ini dikongsikan pengalaman harian beliau berkecimpung dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Blog itu dinaik taraf menjadi portal akademi virtual dan menawarkan kursus dalam bidang penulisan di bawah jenama syarikat, B Pro Management & Training. Bermula 10 Mac 2009, Akademi Penulis sudah berstatus Sdn. Bhd. Akademi Penulis dibangunkan di bawah satu sistem latihan bersepadu gabungan kepakaran para pakar dalam industri buku Malaysia. Para mentor dan jurulatih Akademi Penulis adalah di kalangan pengamal industri. Ini berbeza dengan program pembangunan penulis lain yang dianjurkan oleh para ahli akademik. Mereka ini mempunyai ilmu akademi yang tinggi tetapi tidak pernah mengaplikasikannya. Kami di Akademi Penulis adalah dari kalangan orang yang mengamal dan terjun secara langsung dalam bidang ini. Mengetahui pahit maung dunia penulisan dan penerbitan buku. Taktik, strategi, kaedah pemasaran, kaedah penulisan dan apa sahaja di sini sudah diuji keberkesanannya.

Speak Your Mind

*