Benarkah Anda Menghadapi Writer’s Block?

March 18, 2007 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Motivasi

Ada orang yang mengatakan dirinya menghadapi writer’s block tetapi sebenarnya tidak. Apakah sebenarnya yang dihadapi anda sekarang? Anda ingin menulis tetapi anda tidak boleh. Anda ada perkara yang ingin dikeluarkan daripada otak anda tetapi setiap kali anda ingin menuliskannya anda merasa bahawa otak anda beku ataupun apa yang dikeluarkan hanyalah ‘hampas’.

Ataupun anda menghadapi suasana di mana anda tidak berpeluang untuk menulis. Apabila ingin berbuat demikian ada saja perkara yang perlu dilakukan. Mengemas rumah, perlu menelefon seseorang, uruskan anak-anak ataupun anda berasa sangat letih dan anda tidak mempunyai peluang menyentuh papan kekunci komputer anda.

Ataupun anda selalunya prolifik dalam menulis, menulis satu idea kepada satu idea dengan mudah dan mencurah-curah. Tiba-tiba pada satu ketika anda merasa seperti segala idea anda diperah kering. Tidak keluar setitik pun.

Mungkin anda menghadapi writer’s block. Mungkin juga tidak.

Ada beberapa perkara yang dapat menghalang anda daripada menulis. Perkara ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan masalah penulisan. Apa formula ataupun nasihat pun tidak mungkin dapat membantu anda dalam keadaan ini. Apakah itu? kita tengok di artikel seterusnya.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!