Bagaimana Saya Mahu Memilih Antara Fiksyen & Non Fiksyen?

February 19, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak  
Filed under Motivasi

Ramai yang tak tahu memilih antara menulis fiksyen ataupun menulis non fiksyen. Ada orang berkata menulis fiksyen adalah lebih mudah dan ada orang kata non fiksyen lebih senang. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dan ia terpulang kepada kehendak sendiri.

Baiklah! mulai hari ini kita akan melihat apakah perlu memilih fiksyen ataupun non fiksyen. Sebelum kita pergi lebih jauh, pemilihan ini bergantung kepada keupayaan masing-masing. Ada sesetengah individu memang mempunyai keupayaan menulis non fiksyen dan ada yang lain pula mempunyai bakat menulis fiksyen.

SEBAB 1 MENULIS NON FIKSYEN : Pasaran terbuka untuk anda

Apabila kita ke kedai buku MPH, Popular, Kinokuniya ataupun kedai-kedai buku besar di daerah anda. Kita dapat melihat limpahan karya non fiksyen di rak-rak buku mereka. Namun begitu sebenarnya, pasaran masih lagi terbuka. Cuba kita lihat, berapa ramai pengarang di Malaysia ini yang menulis mengenai Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Apabila diteliti terdapat pelbagai versi mengenai Pak Lah Daripada karya berbentuk akademik, semi akademik hinggalah berbentuk politik. Adakah masih ada ruang menulis mengenai beliau? Ya! Masih ada. Tulislah bagaimana beliau mentadbir negara, daripada perspektif remaja, perspektif suri rumah tangga dan banyak lagi. Kesemuanya bergantung kepada diri kita mahu ataupun tidak.

Berilah 10 pengarang yang menulis sesuatu subjek atau topik. Maka kita dapat lihat 10 jenis kupasan dan gaya berbeza bagi topik yang sama. Yakin dan percayalah apabila anda dan rakan anda menulis buku dalam topik yang sama hasilnya berbeza (kecuali berlaku kes plagiat). Ia diibaratkan seperti cap jari, tidak mungkin ada dua penulis yang menulis cara sama bagi topik yang sama.

Jadi pembaca akan memilih mana yang ada keunikan dan cara kupasan terbaru. Karya tersebutlah pilihan hati.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Diskusi

2 Responses to “Bagaimana Saya Mahu Memilih Antara Fiksyen & Non Fiksyen?”

  1. alongovtx on February 19th, 2007 3:11 am

    En Fauzul,saya bersetuju.Secara mudah,karangan di dalam kelas berbeza-beza antara pelajar.Guru dapat mengesan sekiranya berlaku plagiat.

    kemusykilan saya,sekiranya kita menulis mengikut perspektif lain(remaja,suri rumah DLL).Adakah kita perlu menulis mengikut gaya mereka atau sekadar kupasan daripada pandangan mereka?

  2. Fauzul Na'im on February 19th, 2007 9:26 pm

    Apabila kita ingin menulis untuk sesuatu golongan ia melibatkan pelbagai perkara. Latar belakang mereka, cara kerja mereka, cara cakap mereka, gaya hidup mereka dan sebagainya.

    Tulis apa yang mereka ingin baca. Itu pegangan yang harus ada pada seseorang pengarang. Sehubungan itu gaya penulisan mestilah bersesuaian sasaran pembaca. Apabila menulis untuk remaja, perlu bahasa remaja. Menulis buat pemimpin, gaya bahasa pemimpin. Bukan sekadar melihat daripada perspektif mereka. Harap dapat membantu.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!