Bagaimana Ingin Mencari Idea? (2)

Semalam saya sudah memberikan tip bagaimana untuk tidak mendapatkan idea langsung. Adakah anda sudah mengamalkannya? Tentu anda berkata tidak, sebab anda ingin mendapatkan idea yang tiada batasan. Betul tidak? OKlah, hari ini saya ingin bercerita pula mengenai BAGAIMANA BAGI MENJANA IDEA TANPA BATASAN. Tentu ini yang anda inginkan!

  1. Buka mata dan buka minda apabila memerhatikan sekitar anda
  2. Berlatih melihat persekitaran anda daripada pandangan seorang penulis. Persekitaran bukan hanya kawasan rumah, tetapi buku, majalah, siaran televisyen dan sebagainya
  3. Ambil perhatian kepada tajuk-tajuk artikel pada majalah dan akhbar. Tajuk-tajuk ini berharga jutaan ringgit kerana pihak pemilik sudah melabur banyak bagi mengeluarkannya.
  4. Pergi ke kedai buku besar terutamanya kedai buku berangkai seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan kedai lain. Lihat senarai carta buku bestseller minggu ini.
  5. Sentiasa bawa bersama satu buku catitan bagi memudahkan mencatit idea dan apa saja. Catatan dengan dakwat yang hampir habis adalah lebih baik daripada mempunyai ingatan terbaik di dunia.

Comments

  1. huzaifah says:

    terima kasih kerana memberikan tip tip yang sangat berharga ini,hanya Allah shaja yang dapat membalas

Speak Your Mind

*