Bagaimana Hendak Mengantarabangsakan Buku Tulisan Kita

November 17, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak  
Filed under Jadi Bestseller

Ramai yang bercita-cita besar untuk menjadikan buku mereka dibaca oleh masyarakat seluruh dunia. Pelbagai tanggapan dan kaedah dibuat bagi mencapai cita-cita ini. Cara yang paling mudah difikirkan adalah dengan menerbitkan karya mereka dalam bahasa Inggeris. Pada pandangan mereka apabila buku mereka ditulis dalam bahasa Inggeris dengan sendirinya ia ada peluang boleh memasuki pasaran luar. Mungkin betul dan mungkin salah.

Pihak PTS tidak berpengalaman dalam menerbitkan karya dalam bahasa Inggeris jadi untuk memberikan komen mengenai perkara ini tidak adil. Namun begitu PTS ada cara lain dalam mengantarabangsakan buku-buku PTS. Caranya melesen hak menerbit dan menterjemah karya PTS dalam bahasa lain. Ini yang PTS sudah mulakan sejak 2 tahun ini.

Bagi yang pernah membaca artikel saya yang sebelum ini tentu sudah tahu mengenai perkara ini. Sebanyak 45 judul buku sudah dilesen oleh penerbit Indonesia bagi diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Apabila diterjemahkan kepada bahasa lain, lebih mudah buku karya kita memasuki ruang pasaran luar. Rekod jualan tertinggi buku PTS yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain adalah buku RAHSIA BISNES CINA. Versi Indonesianya sudah terjual melebihi 30,000 naskhah dalam masa kurang daripada 2 bulan. Hebat bukan?

Kaedah melesen hak ini pada pandangan PTS adalah cara terbaik disebabkan beberapa perkara :

  1. Kosnya rendah. Kita tidak perlu menguruskan edarannya ke luar negara kerana sudah diuruskan oleh penerbit yang menterjemahkan karya. Kosnya hanyalah kos pamplet, katalog dan menghantar wakil sahaja.
  2. Kerjasama global. Apabila begini, kita mewujudkan kerjasama antara negara yang erat dan harmoni. Membuka lebih banyak peluang lain di kemudian hari.

Pada ketika Anda membaca artikel ini, saya sudah berada di Indonesia menemui penerbit-penerbit di sana bagi tujuan di atas. Sebab itu pada pandangan saya, bagi seseorang penulis. Ia perlu menambah satu lagi kriteria pemilihan penerbit iaitu penerbit yang mempunyai rangkaian jaringan luas di luar negara. Ia membolehkan karya pengarang menembusi pasaran luar dengan lebih mudah. InsyaAllah dalam masa terdekat pihak PTS dapat menembusi pasaran negara ASEAN lain pula.

InsyaAllah saya akan kongsikan apa hasil lawatan kerja di Jakarta buat anda semua. Tunggu….!

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my

Terkini Dari Setiap Kategori

Artikel Lain Dalam Kategori Jadi Bestseller

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Diskusi

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!