Ayat-ayat Cinta The Movie, Saya Sudah Tonton!
March 14, 2008
Bagi yang mengikuti tulisan di laman web ini pasti sudah mengetahui mengenai kekecewaan saya tidak dapat menonton Ayat-ayat Cinta The Movie dalam artikel yang lalu.
Alhamdulillah semalam saya berjaya juga menonton filem tersebut. Bagaimana? Rahsia! Ayat-ayat Cinta The Movie, sebuah filem garapan Hanung Bramantyo berdasarkan novel fenomena Indonesia Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Secara dasarnya bagi orang yang menonton filem ini selepas membaca novelnya pasti merasa kehilangan. Mengapa? Roh asal cerita daripada novel seakan-akan hilang di dalam filemnya.
Saya bukanlah seorang pengkritik ataupun penggiat dunia perfileman yang mampu memberikan kritikan kepada mutu pembuatan filem. Saya memberikan pandangan daripada perspektif orang buku yang menilai filem daripada kaca mata pembaca novel asalnya.
Karisma Watak Utama Hilang
Novel Ayat-ayat Cinta menonjolkan satu watak yang cukup dominan sepanjang penataannya iaitu Fahri. Wataknya di dalam novel digambarkan sebagai seorang lelaki Muslim baik, warak, tenang yang cukup karismatik dan menjaga nilai-nilai Islamnya. Fahri di kaca mata pembaca sebagai suatu role model lelaki Muslim hebat yang patut ada dalam diri lelaki-lelaki Islam yang lain. Para sahabat dan individu sekelilingnya amat menghormatinya dan menjadikan ia sebagai pakar rujuk hidup mereka. Ini menyebabkan dalam diam ramai wanita di sekeliling menjadikannya sebagai lelaki idaman.
Kekuatan watak ini dijelaskan dengan beberapa babak dalam novel yang menceritakan beliau seorang pemuda berwawasan dengan perancangan hidup sistematik. Perancangan 10 tahun hidupnya digagaskan bagi memastikan hidupnya berada pada landasan yang baik. Perjuangannya menyelamatkan pandangan orang terhadap Islam dengan membantu orang Amerika dalam bas amat membuka minda. Beliau menyelamatkan noura daripada seksaan Bahadur. Kemudian kesabarannya menghadapi cabaran penjara kerana fitnah menunjukkan kekuatan pada dirinya.
Namun begitu dalam filem, watak Fahri hilang karisma. Ia kelihatan sebagai watak lelaki mentah yang lemah. Tidak kelihatan ketenangan dan kekuatan pada watak tersebut. Sikapnya pada awal cerita bagaimana ia stress kerana fail proposal tesisnya diserang virus menunjukkan ia tidak kuat menghadapi cabaran. Kemudian muncul pula watak Maria sebagai pembantu dan pendukung Fahri dalam keadaan tersebut. Ini mengurangkan hormat saya kepada watak asalnya.
Kemudian bagaimana ia tidak menjaga tata pemuda Muslim bersama wanita bukan muhrim amat jelas dalam babak-babak seterusnya. Babak pergolakan rumah tangga beliau bersama Aisha dan babak dalam penjara yang menyesakkan, memberikan gambaran Fahri ini tidak kuat dan tabah menghadapi segala cabaran. Walaupun ia masih digambarkan sebagai seorang yang menjaga tata cara Syarak seperti masih bersolat dan tidak menyentuh wanita bukan muhrim. Ia masih tidak membuatkan watak itu sebagai dominan.
Aisha Yang Tabah
Ia berbeza dengan watak Aisha yang digambarkan sebagai wanita tabah. Pengembangan watak tersebut daripada novel asal menjadikan Aisha adalah watak yang lebih dominan. Usaha menyelamatkan suaminya daripada penjara, menghadapi konflik jiwa apabila mengetahui suaminya ramai peminat dan ingin berkahwin dengannya amat berkesan. Saya kagum dengan Aisha dalam filem ini.
Maria Yang Tidak Tertonjol
Dalam novel asal watak Maria ditonjolkan sebagai wanita Kristian koptik mencari makna hidup. Islam dilihat cantik cuma masih takut untuk didekati. Pengkajian mendalam mengenai Islam menjadikan ia sudah melangkah satu kaki kepada hidayah Allah. Surah Maryam dijadikan hafalan hidupnya. Pencariannya berakhir dengan hidayah Allah yang agak tragis dan menginsafkan.
Maria dalam filem ternampak mabuk. Mengapa saya mengatakan ia mabuk? Watak itu tidak tentu halanya. Sekejap mahu mencari makna, sekejap terperangkap dengan perasaan. Watak ini lebih ditonjolkan sebagai watak wanita penagih cinta tidak kesampaian. Babak-babak mabuk cintanya amat tertonjol hinggakan orang tidak terlihat pencarian hidayah Ilahi padanya. Ini agak mengecewakan.
Nurul Wanita Karismatik Yang Hilang Hala Tuju
Watak Nurul ketua Muslimat Indonesia Al-Azhar, anak Pak Kiyai Pesantren hilang hala hidup dalam filem. Watak karismatik dalam novelnya seakan-akan hilang terus. Beliau yang pada watak asalnya tabah dan tenang, menjadi gila dan hilang dalam filem. Ini bagi saya satu perkara yang menyedihkan.
Watak Antagonis Noura Berjaya
Dalam semua watak bagi saya watak Noura yang agak berjaya dan tidak lari daripada asalnya. Ia seorang yang malang kerana diseksa oleh Bahadur, diperkosa dan kemudian diselamatkan oleh Fahri dan Maria. Bertemu dengan keluarga asal dan menjadi pemfitnah utama kepada Fahri. Ini amat terkesan.
Banyak Babak Penting Hilang
Saya yang membaca berkali-kali novel Ayat-ayat Cinta amat kecewa apabila banyak babak penting dalam novel tidak dimasukkan ataupun diubah di dalam filem. Babak-babak ini yang menjadikan novelnya amat mengagumkan dan menghibakan. Antaranya :
- Babak Fahri berdebar ketika bertemu dengan bakal isteri tidak ditata dengan baik.
- Babak ia membuka perancangan 10 tahun kepada Aisha dihilangkan.
- Babak ia hiba dengan kekayaan Aisha tiada.
- Babak beliau bertemu Abdullah Mas’ud.
- Babak ia membeli Jip Cherokee hilang dengan wujud kereta mercedez hebat Aisha.
- Keindahan malam pertama Aisha dan Fahri tidak digambarkan (bukan babak seks tetapi babak romantis pasangan isteri belum pernah bertemu dan bertemu kali pertama).
- Babak bapa saudara Nurul bertemu Fahri menerangkan rasa hati Nurul kepada Fahri pada ketika sebelum majlis perkahwinan dilewatkan dan ditata mual dengan menyuruh Fahri berpoligami.
- Babak Fahri bersama pada banduan tidak diwujudkan, hanya sekadar berkawan dengan seorang banduan gila yang akhirnya menyedarkan Fahri.
- Babak Maria mendapat hidayah yang sepatutnya ditonjolkan juga tiada.
Babak Baru Kurang Islami
Babak-babak baru yang agak mengelirukan dengan konflik pasangan berpoligami amat meng’kopyor’kan. Babak Maria yang bebas keluar masuk rumah Fahri juga menghilangkan rencah Islamnya. Ditambahkan lagi dengan Maria makan setalam bersama rakan serumah Fahri. Babak beliau berjalan berdua pulang dari universiti.
Barulah saya tahu mengapa Kang Abik amat tidak berpuas hati dengan filem ini.
Filem Berjaya Yang Hilang Rohnya
Secara keseluruhannya saya melihat filem ini sebagai sebuah filem yang berjaya yang hilang roh asal. Usaha Hanung Bramantyo mempersembahkan sebuah filem Islami boleh diucapkan tahniah. Sepatutnya lebih ramai penggiat filem Malaysia mencontohi usaha ini. Filem ini boleh ditingkatkan lagi dengan penelitian daripada aspek Islamnya.
Bagi yang ingin menontonnya, saya tetap galakkan kerana ia sebuah filem adaptasi novel yang menarik. Walau bagaimanapun apa yang boleh saya katakan, novelnya lebih menarik daripada filem. Bacalah novel untuk inspirasi, tontonlah filem untuk rasakan. Selamat menonton dan selamat membaca.
Hasil Tulisan :Fauzul Na'im Ishak
Pengarah & Jurulatih
Akademi Penulis Karya Bestseller
fauzul@bookpro.my
Artikel Terkini Daripada Setiap Kategori
- Coretan: Apabila Editor Dianggap Robot - July 10th, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Makan Karya: PBAKL 2008 Yang Penuh Kejutan!! - April 14th, 2008
- Motivasi: Ulasan Zamri Mohamad Mengenai Forum Realiti Bisnes Malaysia - July 23rd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Pengarang: Pengarang Berjiwa Besar, Pengarang Berjiwa Kecil - April 16th, 2008
- Pengumuman: En. Fauzul Secara Langsung di Selamat Pagi Malaysia 27 Julai 2008 - July 20th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Dari Pulangan ASB - July 5th, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Coretan
- Apabila Editor Dianggap Robot - July 10th, 2008
- Politik Yang Merugikan Dunia Buku - July 4th, 2008
- Catatan Perjalanan Jogjakarta : Hari Pertama - June 29th, 2008
- Jogjakarta yang Menakjubkan - June 27th, 2008
- Pandangan Berbeza Yang Membuka Minda - June 18th, 2008
Comments
6 Responses to “Ayat-ayat Cinta The Movie, Saya Sudah Tonton!”
Got something to say?








Terima kasih atas penjelasan dan komentar yang telah dipaparkan ini. Seperti penulis, saya juga terkesima dengan paparan filem ini yang tidak seperti novelnya. Maksud saya, roh islam yang menguasai novel ini tiada dalam filemnya. Banyak babak yang mengelirukan sekaligus mengenepikan tanggapan bahawa ini adalah filem islamik.
Ya, watak fahri sangat lemah dalam filem. Saya seolah2 membayangkan dua watak yang berbeza. fahri di novel dan fahri di filem.
Apa pun, kepada pembikin filem ini, dan juga penulis skripnya, jadikan ia pengajaran. Semoga selepas ini, melakukan yang lebih baik, dan lebih berjiwa. Semoga berjaya.
mau koment nih
bener adanya kalau film sama novel aslinya gak sama
coba anda baca deh blog mas hanung brmantyo di
http://hanungbramantyo.multiply.com/
mungkin anda akan mendapatkan jawaban dengan komentar anda di blog anda ini
btw anda nonton dimana
dimalaysia di putar dimana?
saya di malaysia nih, sudah hampir setahun nunggu filmnya tayang tapi pas sebulan mau tayang saya dapat job di jiran ini,
kalau boleh tau dibioskop mana anda nonton?
boleh kasih info pada saya,
trhanks
Di sini masih belum ditayangkan lagi filem tersebut. Jadi memang tidak boleh menonton di sini. Hanya dapat ditonton di panggung wayang di Indonesia
hai, saya fonda dari jakarta. kalau boleh tau, anda menonton filem ini di mana? bioskop, youtube atau donload from internet? filem AAC yang beredar diinternet adalah versi uncut yang belum diedit, blm didubbing dan masih mentah. saran saya, jika ingin merasakan roh filem ini, silahkan tonton versi originalnya di bioskop, dimana keseluruhannya sudah melalui proses editing. saya sudah nonton 3 kali filem ini dibioskop dan 1 kali di menonton versi dari internet, sangat berbeda rasanya.. saya bisa menangis dan tertawa di bioskop, namun begitu melihat versi uncutnya yang mentah, saya sama sekali tidak merasakan keindahan filemnya. So, silahkan tonton di bioskop dan rasakan keindahan filem ini.
Terima kasih di atas saranan. InsyaAllah saya akan tonton apabila ia sudah ditayangkan di Malaysia
Reviewnya bagus sekali.. Film ini memang banyak kekurangannya.
Saya sendiri lebih suka bukunya. Apapun.. tetap menarik untuk ditonton