Bengkel Penulisan Buku Konsep Tranformasi KPTM 24 hingga 27 Februari 2011

Feb ’11
24
8:30 PM

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Kolej Poly-Tech MARA bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Buku Konsep Pelan Transformasi. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 24 hingga 27 Februari 2011
  • Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Tempat: Akan dimaklumkan kemudian

Bengkel 4 hari 3 malam ini akan dikendalikan oleh Principal Learning Facilitator Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak, Tuan Zamri Mohamad & Tuan Mohd Ikram Wazir

Bengkel Intensif Penulisan Berita & Rencana 11 2011 (PUBLIC)-13 Mac

Mar ’11
11
3:29 PM


Bengkel Intensif Penulisan Berita & Rencana
11-13 Mac 2011
www.penulisanberitarencana.com

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan penganjuran Bengkel Intensif Penulisan Berita & Rencana. Bengkel yang menggabungkan dua pakar penulisan dan penerbitan Malaysia iaitu Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Fauzul Na’im Ishak.

Bengkel Intensif Penulisan Berita dan Rencana yang komprehensif ini disediakan khusus untuk anda. Khususnya bagi mereka yang mahu menjadikan penulisan rencana sebagai keperluan organisasi. Ia juga langkah bagi membina kerjaya dari rumah. Menjadi penulis tanpa perlu menjejaskan pekerjaan yang sedia ada memang menguntungkan.

Program ini disusun khusus untuk mereka yang berminat mencipta nama dan membina saluran tujuan peribadi. Ia menggabungkan pelbagai jenis strategi berjaya yang digunakan oleh penulis-penulis bebas yang berjaya mengumpul ribuan pembaca menjadi kelompok pembaca setianya meskipun pada usia yang muda.

Menjadi penulis berita dan rencana bukan sekadar tertakluk pada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.
Pendekatan gerila penulisan rencana adalah formula yang disampaikan secara terperinci. Pendekatan-pendekatan yang tidak berjaya turut didedahkan supaya para peserta tidak mengulanginya lagi. Cara ini membolehkan peserta menumpukan perhatian pada penulisan berita dan rencana sesuai dengan keperluan majalah dan akhbar.

Modul disusun dengan bahasa yang mudah dan contoh yang dapat difahami supaya para peserta dapat bertindak mengikut keupayaan diri dan tidak akan ketinggalan dalam mengikuti pengisian bengkel.

3 LANGKAH MENJADI PENULIS BERPENGARUH

Langkah 1: Mengenal diri sebagai penulis

Bagi mencipta momentum besar dalam penulisan rencana, ia bermula dengan dorongan dalaman yang kuat. Ini menjadikan penulis berupaya menghasilkan rencana-rencana yang mengubah tingkah laku pembaca.

Langkah 2: Mengenal seni penulisan berpengaruh

Ketahui apakah strategi yang digunakan oleh penulis-penulis rencana akhbar dan majalah sehingga rencana mereka dipilih dan disiarkan dalam akhbar. Memahami setiap satu jenis rencana yang menjadi pilihan pembaca dan editor. Persembahan rencana yang memukau berserta fakta dan pandangan. Seni mencari maklumat melalui strategi 2.0 juga didedahkan.

Langkah 3: Mengenal pasaran yang menunggu

Kuasai seni menarik perhatian editor, membina jenama diri melalui pasaran majalah dan akhbar kecil, mengangkat autoriti diri melalui rencana di majalah dan akhbar massa. Pelajari bilakan masa yang sesuai menghantar karya, formula mendepani penolakan dan penangguhan karya dan resipi kerjasama dunia penerbitan.

SIAPA MESTI HADIR

  • Mereka yang mahu bekerja dari rumah, SOHO: Small Office Home Office
  • Mereka yang mahu menjadikan komputer di rumah sebagai sumber pendapatan
  • Mereka yang mahu menulis dalam akhbar dan majalah
  • Kakitangan awam di bahagian perhubungan awam (PR) dan mengendalikan buletin jabatan
  • Peniaga yang mahu mempromosikan bisnes mereka
  • Pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta
  • Suri rumah yang mahu menulis di rumah
  • Golongan professional dalam apa jua bidang yang mahu berkongsi kepakaran mereka.
  • Mereka yang mahu membina kredibiliti dalam komuniti dan kerjaya

PENGISIAN PROGRAM

Modul yang terbukti memenuhi kehendak industri melalui formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran kini digunakan pakai oleh individu, pertubuhan dan agensi kerajaan serta swasta.

Hari Pertama

Motivasi Penulisan

Modul ini mendedahkan pentingnya mengubah persepsi pada aktiviti penulisan. Penulis yang mempunyai persepsi positif pada aktiviti penulisan bukan sekadar dapat menjadikannya sebagai kerjaya sambilan, malahan sebagai kerjaya profesional. Modul ini mendedahkan mitos yang menyekat potensi, menukarkan halangan kepada peluang tanpa sempadan.

  • Mengapa kita perlu menulis?
  • Apakah kekangan yang menyebabkan penulis tidak mampu menulis?
  • 5P : Formula Rahsia Penulis Bestseller

Hak Penulis & Hak Cipta

Pengenalan kepada kit survival perlindungan karya daripada diciplak dan diambil tanpa kebenaran. Penulis didedahkan tentang apakah itu hakcipta karya, kaedah perlindungan dan kepentingan pengetahuan asas undang-undang melindungi karya. Modul ini mendedahkan teori dan kes sebagai sumber rujukan dalam memahami konsep perlindungan karya

  • Definisi & Aplikasi Akta Hak Cipta 1987
  • Bagaimana hendak melindunginya
  • Bagaimana Hendak Membuktikannya
  • Apa yang perlu dilakukan apabila berlaku pelanggaran hak cipta

Hari Kedua

Cara bekerja seorang penulis berita & rencana

Mendedahkan apakah prinsip asas bagi seorang penulis memulakan pengkaryaan mereka secara komersial. Mendedahkan konsep SOHO atau Small Office Home Office kepada peserta.

  • Menguasai asas alatan kerja penulis
  • Mencari dan menambah modal kerja
  • Seni bekerja pemikiran bertingkat
  • Seni bekerja pemikiran pertengahan
  • Seni bekerja pemikiran kejutan

Bedah siasat industri majalah dan akhbar di Malaysia

Mendedahkan apakah maklumat asas industri sebelum peserta terjun ke dalam dunia penulisan komersial. Majalah dan akhbar dikaji bagi mengenal pasti maklumat-maklumat relevan mengenai industri bagi mempercepatkan penerimaan karya penulisan.

  • Mengetahui maklumat asas majalah dan akhbar
  • Bedah siasat maklumat karya
  • Membaca gaya editor

Mahir kaedah jana idea

Mendedahkan kaedah pemikiran kreatif bagi menjana idea baru dalam penulisan. Pada masa sama mendedahkan kepada peserta bagaimana kaedah merangkaikan idea menjadi isi penulisan yang relevan.

  • Strategi satu akal dalam satu belanga
  • Strategi dua akal dalam satu belanga
  • Strategi idea dari sekeping gambar
  • Strategi kaedah kata kunci

Mencari sumber cara 2.0

Strategi Googling yang perlu dikuasai bagi mempercepatkan kerja menulis.

Dari surat pembaca menjadi bahan rencana

Mededahkan kaedah penulisan berkesan yang mempunyai keaslian karya dan kekuatan pada perbincangan subjek. Peserta didedahkan tahap demi tahap penulisan bersama praktikal asas bagi setiap teori yang diketengahkan. Dari sini, peserta dapat melihat perbezaan antara karya asli yang diadaptasi daripada bahan sedia ada. Praktikal asas kepada penulisan rencana.

  • Adaptasi teks dan hak cipta
  • Membina pendahuluan persuasif
  • Membina rencana persuasif

Hari Ketiga

Dunia penulisan berita

Mendedahkan bagaimana penulisan berita dapat dikembangkan menjadi rencana yang persuasif. Anatomi berita disampaikan kepada peserta bagi mengetahui perbezaan antara berita dan rencana serta bagaimana kedua-duanya saling bertindak dan dapat digunakan bersama.

  • Berkenalan dengan piramid terbalik
  • Asas penulisan laporan berita
  • Menukarkan berita menjadi rencana
  • Mencari sumber berita
  • Etika kewartawanan unggul
  • Menggali sumber daripada temu ramah berkredibiliti

Penghantaran ke ruangan berita dan rencana

Mendedahkan beberapa kaedah yang digunakan oleh penulis bagi memastikan karyanya dihantar, dinilai dan diterima bagi tujuan cetakan pada akhbar dan majalah pilihan.

  • Menghantar melalui online
  • Menghantar melalui offline

Praktikal penulisan rencana & berita secara individu dan berkumpulan

Pembentangan dan bedah siasat. Peserta akan mencipta ruang dan peluangnya sendiri bagi mendapatkan bahan penulisan. Praktikal kepada peserta yang akan memilih secara bebas sumber maklumat dan jenis penulisan yang ingin dihasilkan. Pembentangan dilakukan selepas itu.
Pembinaan kredibiliti dan penjenamaan penulis

Mendedahkan kaedah bukan tradisional bagaimana internet dapat dijadikan tapak pengenalan nama penulis kepada khayalak.

  • Seni membina blog berpengaruh untuk penulis
  • Seni membina hubungan berpengaruh secara online

BERAPAKAH PELABURAN?

Yuran asal adalah RM950, namun begitu pihak Akademi Penulis berbesar hati memberikan diskaun dan menawarkan yuran hanya RM699 sahaja. Tawaran sehingga 20 Februari 2011 sahaja. Selepas itu ia kembali ke asal.

BERTINDAK SEKARANG! Layari www.penulisanberitarencana.com.

BAGAIMANA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN?

Langkah 1, daftarkan di secara online menggunakan borang online di http://bit.ly/beritarencana2011

Langkah 2, pilih salah satu daripada kaedah di bawah:

KAEDAH 1: Bayaran akaun/ATM

Buatkan bayaran. Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:

CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB)
Nama Pada Akaun: Akademi Penulis Sdn. Bhd.
No. Akaun: 14340000472103

Bank Islam Berhad (BIMB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 12113010039294

Maybank Berhad (MBB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 512204816142

KAEDAH 2: Bayaran menggunakan kad kredit

Bayaran melalui kad kredit (Mastercard/VISA) juga diterima. Bagi menggunakan kaedah ini para peserta perlu mengirimkan emel maklumat berikut:

Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon Bimbit:
Emel:
Alamat:

Pihak kami akan mengirimkan satu invois elektronik berserta arahan pembayaran kad kredit. Pohon ikut arahan pada invois elektronik ini. Pembayaran menggunakan kad kredit menggunakan penyedia pembayaran dipercayai ramai NetBuilder.

*Caj sebanyak 4% akan dikenalan untuk setiap transaksi

Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum program bermula. Selepas membuat pembayaran, mohon fakskan ke 03 41493560 ataupun emailkan ke latihan@akademipenulis.com slip pembayaran untuk tujuan rekod kami. Sebarang pendaftaran tanpa pembayaran tidak dikira sebagai sah hadir. Pendaftaran di facebook ini tidak dikira sebagai pengesahan kehadiran.

ANDA BERMINAT?

Hubungi sekarang, 0126723128 (Tuan Alizan) ataupun 0341492560 (Puan Syafawati) ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Bertindak sekarang, tempahkan tempat untuk Anda sebelum terlewat.

Boleh juga daftarkan diri secara online di http://www.penulisanberitarencana.com/

Bertindak sekarang! Sebelum tempat yang sepatutnya menjadi milik Tuan-Tuan dan Puan-Puan menjadi milik orang lain.

Bengkel Penulisan Teknikal Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 21-25 Februari 2011

Feb ’11
21
2:30 PM

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Teknikal. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 21 hingga 25 Februari 2011
  • Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Tempat: Kelantan Darul Naim

Bengkel 5 hari 4 malam ini akan dikendalikan oleh Senior Learning Facilitator Akademi Penulis, Y.Bhg. Dato’ Nadzim Shaari & Tuan Mohd Ikram Wazir

Bengkel Penulisan Ilmiah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 28 Februari – 3 Mac 2011

Feb ’11
28
2:32 PM

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Ilmiah. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 28 Februari hingga 3 Mac 2011
  • Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Tempat: Hotel Seri Petaling, Petaling Jaya

Bengkel 4 hari 3 malam ini akan dikendalikan oleh Principal Learning Facilitator Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak

Bengkel Penulisan Buletin & Fotografi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 7-9 Februari 2011

Feb ’11
7
8:30 AM

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Berita & Fotografi. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 7 hingga 9 Februari 2011
  • Masa: 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat: Hotel Swiss Garden, Jalan Pudu

Bengkel 3 hari ini akan dikendalikan oleh Senior Learning Facilitator  Tuan Zamri Mohamad dan Learning Facilitator Tuan Azree Hanifiah. Tuan Fauzul Na’im Ishak, Principal Learning Facilitator Akademi Penulis akan membentang satu modul di sana nanti.

Bengkel Penulisan Iklan Jualan Mempersiapkan Peserta Menghadapi Perang Dunia Bisnes

ISNIN, 17 Januari 2011 – Keperluan kemahiran penulisan iklan jualan untuk para usahawan amat kritikal kerana ia merupakan ‘askar barisan hadapan’ dalam sesebuah peperangan produk. Menyedari hakikat ini pihak FN Education Group telah mengadakan satu bengkel pada 15 & 16 januari 2011 bertempat di BilikTraining.com, 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Buat pertama kali bengkel ini diadakan dan menarik usahawan daripada pelbagai latar belakang.

Bengkel tersebut diadakan selama dua hari. Pelbagai modul yang merangkumi semua aspek penting dalam teknik penulisan iklan jualan telah disentuh oleh pengajar iaitu Tuan Zamri Mohd, penulis dan trainer keusahawanan kreatif sepenuh masa. Beliau membantu peniaga kecil melalui kaedah kreatif bagaimana menjenamakan perniagaan kecil melalui iklan jualan pelbagai bentuk. Beliau sudah menulis 16 buah buku dan beberapa buku yang diulang cetak mengamalkan prinsip penulisan iklan jualan.

Salah seorang peserta yang hadir, Encik Abdul Hafiz bin Isa Azmi merupakan Pengarah bagi Reliance Standard Sdn. Bhd. Menurut beliau, bengkel seperti ini wajib diadakan daripada semasa ke semasa memandangkan masih ramai antara usahawan di negara ini khususnya bumiputera tidak menyedari kepentingan tentang cara penulisan iklan jualan. Tambah beliau lagi “semua orang boleh menulis tetapi persoalannya ialah bagaimana untuk menulis iklan jualan supaya ramai yang tertarik dengan produk atau perkhidmatan yang kita sediakan”

Bagi Encik Amer Hamzah Ahmad pula, aktiviti yang buat sepanjang bengkel benar-benar membantu beliau dalam memahami psikologi orang ramai dalam membuat keputusan pembelian. Beliau merupakan pengarah syarikat Chef Amer Academy. Beliau dalam perancangan untuk meluaskan lagi pengaruh syarikatnya dalam bidang pembuatan coklat.

Bengkel ini hanya menghadkan penyertaan kepada 27 orang peserta. Ini kerana bengkel ini bersifat pemindahan kemahiran. Bagi pihak FN Education Group peserta yang mengikuti kursus ini telah bersedia untuk menghadapi ‘peperangan perniagaan’. Bagi yang mempunyai kemusykilan atau pertanyaan susulan, ianya boleh dikemukakan semasa program klinik usahawan yang akan diadakan pada sabtu mengikut syarat dan terma-terma tertentu. Program klinik usahawan ini bertujuan membimbing para usahwan sehingga berjaya. Program klinik perniagaan ini hanya untuk peserta yang pernah mengikuti kursus yang diadakan oleh pihak FN Education Group.

“Bengkel ini sungguh baik untuk membantu usahawan-usahawan menambah pengetahuan di dalam mempromosi produk keluaran mereka. Perkongsian Ilmu dan idea memberi nilai tambah kepada bengkel ini.” Kata Encik Nizam. Encik Mohammad Nizam bin Mustafa Hilmi merupakan Pengarah bagi iklanku.my.

Cik Sharifah Sharina bt Syed Aswad, pengurus IT/Facebook desaigner pages bagi syarikat Nine E Trading menyifatkan bengkel ini sebagai satu keperluan asas bagi sesiapa yang mahu menempuh alam perniagaan.

Setiap peserta yang hadir diberikan sijil penyertaan dan salinan gambar sebagai tanda penghargaan. Bengkel seterusnya yang akan diadakan oleh pihak FN Education Group adalah pada 5 & 6 Februari 2011 iaitu Bengkel POWER SELLING Dengan Blog Shop. Maklumat mengenai bengkel ini boleh dilayari di www.bengkelblogshop.com