Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari
November 12, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Corat Coret
Dipetik dari blog Zakaria Sungib
Berbalik kepada persoalan memilih subjek yang hendak ditulis, saya mendapat jawapannya apabila bertemu dengan Tuan Fauzul Naim Ishak beberapa hari lalu. Saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghadiri satu bengkel penulisan selama tiga hari. Tidak sangka pula Tuan Fauzul Naim yang mengendalikan bengkel itu dari awal sampai akhir.
Latar belakang beliau adalah dalam bidang kejuruteraan tetapi ditakdirkan yang beliau lebih berjaya menjuruterai dan mementori penulis sepanjang lapan tahun menceburi dunia penerbitan buku. Di bawah bimbingan beliau selaku editor dan pengurus penerbitan, lahir ramai penulis termasuk penulis-penulis ‘bestseller’.
Beliau mengajak para peserta bengkelnya melakukan ‘self discovery’. Mencari kekuatan diri. Dari situ nanti seseorang itu akan tahu kekuatan sebenarnya dan mengetahui apakah ‘ada buku’ dalam dirinya. Apa subjek penulisan yang sesuai untuknya dan mampukah dia menulis tentang subjek itu.
Saudara boleh membaca artikel sepenuhnya di blog beliau (KLIK DI SINI)
Berminat menyertai bengkel kendalian Akademi Penulis? Sila lawati www.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)
Ulasan Menarik En. Zakaria Sungib, Editor Kanan Galeri Ilmu Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen
November 12, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Corat Coret
“Kenapa kita mengadakan bengkel ini? Kerana kita hendak melahirkan ramai pengarang. Dengan lahirnya ramai pengarang, kita hendak lahirkan banyak buku. Apabila sudah ada banyak buku, barulah industri penerbitan buku di Malaysia benar-benar layak dipanggil ‘industri’,”
kata Encik Fauzul Na’im yang mempunyai pengalaman lapan tahun sebagai editor dan penerbit buku. Beliau berjaya melahirkan barisan penulis-penulis buku ‘best-seller’ melalui PTS Millennia Sdn Bhd yang diterajuinya.
Beliau mengajak para peserta melihat penulisan buku sebagai bisnes, bukan sekadar seni. “Jangan tengok buku sebagai seni saja.”
Rujuk laman blog Galeri Ilmu untuk artikel sepenuhnya (KLIK DI SINI)
Bagi sesiapa yang berminat hendak mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan oleh pihak Akademi Penulis, boleh lawati http://www.janawangdenganmenulis.com
Penulisan Adalah Satu Seni, Penerbitan Adalah Bisnes
November 12, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Motivasi
Para pengarang selalu merasakan penulisan adalah satu kesenian. Ia adalah gabungan inspirasi dan pengetahuan yang diterjemahkan ke dalam bentuk bertulis. Apabila begitu ramai yang merasakan ia perlukan bakat semulajadi. Sesiapa yang tidak berbakat tidak mampu merasakan naluri seni itu.
Pada pandangan peribadi saya, saya bersetuju dengan pandangan penulisan sebagai seni itu. Namun begitu saya tidak bersetuju bahawa penulisan itu semata-mata bakat semulajadi. Bakat itu boleh dilatih. Ia bergantung kepada seseorang individu ingin berubah ataupun tidak.
Satu ketika dahulu, kita sendiri tidak tahu apa itu huruf A, B, C hinggalah ke Z. Kemudian kesan daripada itu kita tidak tahu menulis angka-angka tersebut. Namun begitu selepas proses pembelajaran di taman asuhan kanak-kanak ataupun di rumah, kita sudah mengenalinya. Seterusnya kita tahu mengaplikasikannya dalam menulis setiap hari.
Menulis juga begitu. Pada mulanya ramai pengarang yang tidak tahu bagaimanakah menghasilkan karya yang baik. Ramai yang mempunyai mitos-mitos dan falas-falasi pelik-pelik dalam minda masing-masing. Kemudian mereka datang ke bengkel, mengetahui teknik-teknik menulis. Bertanya-tanya dan bertukar-tukar pandangan dengan pengarang lain. Mendengar saranan mentor ataupun sifu penulisan. Kemudian berusaha menghasilkan karya pertama. Itu memang sangat susah.
Kemudian apabila karya pertama sudah keluar, kepuasan diri datang. Terus menulis karya kedua, karya ketiga dan seterusnya. Ini adalah satu keadaan yang boleh kita lihat berlaku kepada pengarang semasa. Asalnya mereka ada ketakutan, apabila sempadan ketakutan itu dipecahkan maka ia terus berlari dengan baik.
Penerbitan pula adalah bisnes. Apabila satu-satu karya sudah siap ditulis, dikirimkan kepada mana-mana penerbit. Persoalan bisnes pula diambil kira. Adakah karya ini boleh dijual ataupun tidak? Bagaimanakah untuk melakukan program pemasaran? Siapakah sasaran pembelinya? Siapakah yang ingin menjualnya? Apakah pakejnya? Kesemua ini diambil kira pula.
Jadi dalam perkara ini, pada pandangan saya. Pengarang seharusnya menggabungkan kedua-dua unsur ini dalam minda mereka. Pengarang seharusnya menjadi pengarang yang mempunyai minda ahli pemasaran. Ia bukan sahaja menulis untuk inspirasi, tetapi untuk pembacanya. Apabila pengarang mempunyai minda begini, dengan sendirinya buku yang ditulis bersesuaian dengan citarasa pembaca.
Gabungan penulisan sebagai satu seni dan penerbitan sebagai satu bisnes menghasilkan inovasi dan kreativiti. Kreatif dalam mengeluarkan idea yang segar dan berinovasi dalam menyediakan pakej bersesuaian.
Pengarang selalunya selepas mengirimkan naskhah kepada para penerbit, yang ditanya adalah bila royalti hendak dibayar. Mentaliti sebegini seharusnya diubah. Saya tertarik dengan satu email yang dikirimkan kepada saya.
Fundamental atau tujuan menulis yang meletakkan wang sebagai force, sesuatu yang amat menakutkan. Ia boleh merosakkan penulis2 yang berbakat. Kita kena tekankan soal sebenar sebab kita menulis…..Sangat bahaya cara saudara meletakkan wang sebagai faktor utama….
Betulkan balik….
Ini adalah mentaliti pengarang berfikir cara lama. Mereka merasakan kepengarangan adalah soal bakat semata-mata. Cara berfikir sebegini perlu diubah. Saya sebagai seorang pengamal penerbitan tahu bagaimana sesebuah karya itu dilayan. Apakah karenah pengarang.
Apabila sesebuah karya itu boleh dijual dengan baik lebih ramai yang dapat membelinya. Lebih ramai orang membeli lebih banyak ilmu dimanfaatkan. InsyaAllah di akhirat kelak ada bahagiannya.
Cuba kita lihat sebaliknya. Karya yang tidak dibeli dan boleh dijual, sedikit orang membelinya. Maka tidak banyak ilmu bermanfaat disebarkan atas muka bumi.
Kita fikirkanlah.
Sesiapa yang berminat untuk menghadiri program pembangunan penulis Akademi Penulis, sila lawatiwww.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)
Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Dana Penggerak Industri Buku Berjaya
November 7, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Dari Pejabat Akademi, Utama
Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Dana Penggerak Industri Buku Negara dianjurkan dengan jayanya. Bengkel ini adalah anjuran Dewan Bahasa & Pustaka dengan kerjasama B Pro Management & Training diadakan pada 4 hingga 6 November 2008 yang lalu. Ia adalah program di bawah Dana Penggerak Industri Buku Negara, dana pemberian kerajaan kepada dunia perbukuan Malaysia.
Bengkel ini dihadiri oleh 28 peserta terdiri daripada para editor dan penulis dari pelbagai penerbit buku Malaysia. Antara penerbit buku yang turut serta adalah Telaga Biru Sdn Bhd, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Dewan Bahasa & Pustaka, Tinta Publisher, Creative Enterprise, Cerdik Publications dan ramai lagi.
Ia diadakan di Tingkat 4 Menara Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua pihak yang turut serta memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini. Terima kasih kepada Dewan Bahasa & Pustaka di atas kepercayaan kepada pihak Akademi Penulis dalam mengendalikan bengkel ini. Harapan pihak Akademi Penulis, bengkel ini dapat memberikan inspirasi dan panduan kepada para pengarang dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan kreatif.
Di bawah disertakan koleksi gambar sepanjang bengkel diadakan buat tatapan para peserta dan pelawat Akademi Penulis.
Mentor Utama Akademi Penulis di Bengkel Penulisan Buku Akademik Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
November 1, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Aktiviti/Pengumuman
| November 17, 2008 9:00 am | to | November 19, 2008 5:00 pm |
Saya dijemput bagi mengendalikan bengkel anjuran Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Bengkel ini disasarkan khusus untuk para pensyarah IPSAH. Bengkel tersebut diadakan berdasarkan butiran berikut :
- Tarikh : 17 hingga 19 Oktober 2008
- Masa : 9 pagi hingga 11 malam
- Tempat : Langkawi
Bengkel Penulisan Umum Bukan Fiksyen Kerjasama Akademi Penulis & Dewan Bahasa & Pustaka
November 1, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Aktiviti/Pengumuman
| November 4, 2008 8:30 am | to | November 6, 2008 5:30 pm |
Pihak Akademi Penulis dilantik sebagai perunding dan pengendali Bengkel Penulisan Bukan Fiksyen Dewan Bahasa & Pustaka. Bengkel ini khusus untuk para editor dan penulis syarikat yang memperoleh dana di bawah Dana Industri Buku Malaysia. Bengkel diadakan berdasarkan butiran berikut :
- Tarikh : 4 hingga 6 Oktober 2008
- Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
- Tempat : Dewan Kuliah Aras 4 Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Akademi Penulis Dilantik Sebagai Perunding Bengkel Penulisan Umum Bukan Fiksyen Dewan Bahasa & Pustaka
November 1, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Dari Pejabat Akademi
Saya dengan berbesar hati mengumumkan bahawa pihak Akademi Penulis sudah dilantik sebagai perunding dan pengendali bagi Bengkel Penulisan Umum Bukan Fiksyen anjuran Dewan Bahasa & Pustaka. Bengkel ini dianjurkan khusus bagi para penulis dan editor syarikat yang memperoleh penajaan geran di bawah Dana Industri Buku Negara.
Bengkel ini diadakan bermula 4 hingga 5 Oktober 2008. Ia bertempat di Dewan Bahasa & Pustaka. Pihak Akademi Penulis amat berbesar hati dengan lantikan ini. Terima kasih atas sokongan semua kepada Akademi Penulis selama ini.
Mentor Utama Akademi Penulis Berceramah di Rapat Umum IKAPI Cawangan Jakarta 29 Oktober 2008
November 1, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Motivasi, Utama
Pada 28 Oktober 2008 yang lalu saya dijemput oleh Ikatan Penerbit Indonesia IKAPI Cawangan Jakarta bagi menyampaikan ceramah kepada lebih daripada 150 ahli persatuan penerbit terbesar Indonesia itu. Ia bersempena dengan Rapat Umum (Mesyuarat Agong) IKAPI Cawangan Jakarta untuk tahun 2008.
Buat pengetahuan semua, Ikatan Penerbit Indonesia mempunyai seramai 750 ahli terdiri daripada para pengusaha penerbitan buku Indonesia. Dari penerbit yang kecil sehinggalah yang besar seperti Gramedia, Mizan Publishing Group dan Agromedia. IKAPI Cawangan Jakarta mempunyai keahlian seramai 450 penerbit buku dan merupakan cawangan IKAPI terbesar di Indonesia. IKAPI Jakarta adalah cawangan yang menganjurkan 2 pesta buku terbesar iaitu Pesta Buku Islam (bulan Mac setiap tahun) dan Pesta Buku Jakarta (bulan Jun setiap tahun).
Pada hari itu saya berhadapan dengan semua pemilik dan pengusaha syarikat penerbitan Indonesia yang berpusat di Jakarta. Satu ruang yang pada pandangan saya rezeki Tuhan. Sebelum ini ruang yang sebesar ini agak sukar diperoleh oleh mana-mana penerbit dari Malaysia. Bertemu dan berceramah kepada kebanyakan syarikat gergasi penerbitan Indonesia adalah peluang yang jarang. Alhamdulillah saya diberikan peluang itu.
Topik yang diminta dari saya adalah Peta & Peluang Bisnes Perbukuan di Malaysia. Para penerbit di Indonesia ingin mengetahui apakah ruang yang ada untuk mengembangkan sayap bisnes perbukuan mereka di Malaysia. Dalam pembentangan tersebut saya mencadangkan beberapa model bisnes yang boleh digarap di antara penerbit di Indonesia dengan Malaysia.
Bisnes model yang saya cadangkan adalah seperti berikut :
a) Menjual secara terus buku mereka ke Malaysia
Bisnes model ini sudah diamalkan sekian lama. Sudah banyak buku Indonesia yang memasuki pasaran Malaysia secara langsung. Namun begitu berdasarkan pengamatan dan penyelidikan saya, model ini ada cacatnya. Buku-buku Indonesia tidak boleh dijual dengan banyak kerana beberapa faktor.
Buku tersebut ditulis dalam bahasa Indonesia, generasi baru Malaysia agak sukar untuk memahami bahasa Indonesia sebagai medium pembacaan. Mungkin ada yang mengatakan mengapa filem Indonesia boleh laris di sini? Ia berbeza, medium visual dengan pembacaan amat berbeza. Membaca perlu pemahaman lebih berbanding menonton.
Buku Indonesia juga berjenama penerbit Indonesia, sukar buku sebegini memasuki kontrak kerajaan. Di bawah arahan baru, buku-buku terbitan sahaja yang layak untuk dipilih untuk memasuki kontrak kerajaan. Ini satu lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh buku-buku ini.
Satu lagi yang besar adalah pengaliran wang ke luar negara. Pada pandangan saya, sebolehnya kita di Malaysia mahu pengaliran wang dikurangkan ke luar negara bagi membantu ekonomi Malaysia.
b) Pelesenan karya
Kaedah ini adalah satu kaedah yang sudah diamalkan di syarikat saya PTS Millennia Sdn Bhd. Buku-buku terpilih dalam bahasa Indonesia dipilih. Kemudian ia dibawa masuk ke Malaysia dengan melesenkannya. Dalam kaedah ini, yang dilesen adalah hak cipta versi Indonesia. Ia diterjemah bersesuaian dengan kehendak tempatan iaitu dalam bahasa Melayu. Jenama yang digunakan adalah jenama penerbit Malaysia.
Ini menyebabkan buku lebih mudah dibaca dan dibeli. Pengalaman PTS Millennia, kebanyakan buku yang sebegini laris sepertimana ia karya Malaysia. Alhamdulillah ada beberapa judul yang dipilih untuk pembekalan ke Perpustakaan Negara Malaysia. Setiap judul dibeli 1089 naskhah. Itu tidak termasuk jualan secara runcit. Kaedah ini adalah yang terbaik.
c) Kerjasama penerbitan dengan penerbit di Malaysia
Model ini adalah model yang terbaru dan setakat pengetahuan saya tidak ramai yang mengamalkannya. PTS sudah memulakan model ini dengan menubuhkan PTS Litera Utama Sdn Bhd hasil kerjasama dengan penerbit dari Indonesia. Ia adalah syarikat kerjasama perkongsian saham.
Kerjasama sebegini amat besar kesannya. Kedua-dua negara mempunyai sumber luas menghasilkan karya berkualiti. Apabila sesuatu topik dikenalpasti berpotensi, syarikat kerjasama ini boleh membuat perolehan manuskrip di kedua-dua negara. Rakyat Indonesia 240 juta dan Malaysia 28 juta. Syarikat ini mempunyai sumber perolehan sebanyak 268 juta orang. Hebat memang hebat.
Alhamdulillah banyak maklum balas positif dari ceramah yang disampaikan. Sesi soal jawab cukup hebat dengan pelbagai soalan dilontarkan kepada saya. Dari persoalan pengedaran hinggalah pulangan dalam bentuk wang. Ada beberapa penerbit sudah memberikan saya kad nama untuk membolehkan mereka membuat temu janji di masa hadapan. Satu kesan positif.
Saya pulang ke Malaysia pada 30 Oktober 2008 dengan sekotak besar buku-buku penerbit Indonesia yang dititipkan mereka. Di bawah saya kongsikan gambar sepanjang program di sana buat tontonan semua.
Akademi Penulis Berwajah Baru
October 21, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Dari Pejabat Akademi
Hari ini tanggal 21 Oktober 2008. Satu tarikh yang cukup bermakna bagi Akademi Penulis. Tarikh yang membawa warna baru kepada dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia.
Alhamdulillah, selepas beberapa lama laman web Akademi Penulis ini ditutup, akhirnya pada hari ini dengan bangganya saya melancarkan semula Akademi Penulis dengan wajah baru. Wajah baru yang membawa era baru dunia penulisan.
Serentak dengan itu laman Akademi Penulis ini juga membawa tema dan moto baru Transformasi Dunia Dengan Perkataan. Suatu gagasan yang membawa obor perjuangan dunia penulisan.
Selari dengan pelancaran Akademi Penulis ini, turut dilancarkan adalah program pembangunan penulis Akademi Penulis. Ia dilancarkan dalam dua fasa iaitu :
- Fasa 1 : Seminar Jana Wang Dengan Menulis (Seminar 1 hari)
- Fasa 2 : Bengkel Praktikal Penulis Bestseller (Bengkel intensif berkomputer 2 hari)
Kesemua program ini direka sedemikian rupa bagi melahirkan lebih ramai pengarang berkaliber yang dapat menghasilkan karya berkualiti dalam pasaran. Yang lebih menarik, program ini dapat memandu semua pengarang terbabit menghasilkan karya yang boleh menjadi bestseller.
Inilah bezanya program yang dikendalikan oleh Akademi Penulis berbanding dengan kumpulan yang lain. Gabungan pakar dari penerbit komersil berpengalaman dan para penulis yang karyanya berjaya menjadi bestseller. Ia menjadikan program di Akademi Penulis sebagai yang paling lengkap dan komprehensif dalam pasaran.
Tuan Puan boleh rujuk di ruangan Kursus Ditawarkan di atas bagi maklumat lanjut. Harapan kami kewujudkan Akademi Penulis dapat memacu dunia penerbitan dan penulisan di Malaysia ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Tahap setaraf dengan dunia perbukuan di rantau lain.
Sekian, terima kasih.
Jawapan Kepada Abdul Malek : Adakah Tesis Ph.D. ataupun Master Boleh Diterbitkan
September 7, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Corat Coret
Saya tertarikh hendak berkongsi beberapa maklumat mengenai penerbitan buku berasaskan tesis. Ada soalan di chat box bertanyakan sama ada tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan dan sudah diterbitkan.
Jawapannya YA dan TIDAK.
YA tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan. Ia adalah khazanah ilmu yang cukup berharga. Hasil kajian bertahun-tahun dari para pakar ini seharusnya diterbitkan bagi manfaat umum.
TIDAK boleh diterbitkan dalam keadaan asal. Ia harus diolah semula dalam bentuk baru, bentuk yang lebih memberikan manfaat kepada semua. Dalam tesis, bab pertama yang berkaitan metodologi dan teorinya itu tidak memberikan makna kepada para pembaca. Bab-bab lain itu diambil dan diolah semula dalam bentuk yang lebih mesra pembaca.
Bagaimana? Isi utama diambil dari setiap tesis dan diterjemahkan ke dalam bahasa orang awam. Segala terma saintifik yang canggih dan sukar difahami dipermudahkan bagi pemahaman umum.
Saya melihat dan berjumpa dengan banyak tesis di barat yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku dengan olahan baru. Ada di antaranya sudah menjadi bestseller di sana. Saya yakin dan percaya hasil kajian orang Malaysia setaraf dengan mereka. Malahan ada yang lebih dari itu. Berjumpa dengan penerbit ataupun hadiri bengkel-bengkel penulisan yang ada bagi mengetahui lanjut mengenai perkara ini.
InsyaAllah ada program pembangunan penulis yang bakal dilancarkan dalam oktober 2008. Ia pasti memberikan input terbaik buat Tuan Puan semua. Nantikan kehadirannya dan sentiasalah melawati laman ini bagi maklumat terbaru.






