| May ’11 |
| 10 |
| 8:30 AM |
Hotel Residence, Bangi, Selangor Darul Ehsan
10 & 11 Mei 2011
Yuran: RM800.00
- Kemahiran menulis makalah jurnal tidak dapat dipisahkan dengan kerjaya sebagai ahli akademik.
- Kursus ini mendedahkan asas penulisan bagi ahli akademik baru dan lama.
- Ia menjadi platform bagi mereka menulis dan menerbitkan makalah berkualiti bagi diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Seterusnya organisasi juga berpeluang menerbitkan jurnal mereka sendiri.
OBJEKTIF PROGRAM
Sesudah mengikuti program ini, peserta dapat:
- Menguasai teknik menulis dengan betul, peserta dapat mengetahui ciri-ciri makalah berkualiti tinggi.
- Memantapkan penulisan jurnal mereka dengan memperoleh komen membina daripada para peserta lain sepanjang program.
- Mengetahui selok belok penerbitan jurnal akademik.
DURASI PROGRAM
2 Hari
JURULATIH BENGKEL
Syahrul Nizam Junaini, Learning Facilitator Akademi Penulis Sdn. Bhd.
PENGISIAN PROGRAM
MODUL 1: Mencari Idea Menulis
Modul ini membantu peserta menjana idea penyelidikan bagi diterjemahkan ke atas kertas. Mereka juga dibimbing menilai kesesuaian idea, bagaimana mengembangkannya dan menjadikan makalah mereka unik.
MODUL 2: Memahami Proses Menulis makalah jurnal
Modul ini membimbing peserta mengenali dan merasai 3 fasa penulisan iaitu pra-penulisan, proses menulis, dan penerbitan makalah. Mereka diberikan tip bagi memastikan setiap fasa dilalui dengan betul dan berkesan.
MODUL 3: Gaya Penulisan Ilmiah
Penggunaan gaya penulisan yang standard penting bagi memastikan makalah yang ditulis diterima bagi diterbitkan. Modul ini membimbing peserta mengenali dan menulis dengan gaya pengarangan yang berkesan.
MODUL 4: Seksyen Metodologi Kajian
Seksyen metodologi kajian adalah jantung bagi satu-satu makalah. Modul ini mendedahkan teknik melaporkan bagaimana kajian dilakukan bagi memastikan penyelidik lain dapat melakukan proses sama. Peserta dibimbing bagaiman menulis seksyen ini dengan ringkas tetapi berkesan.
MODUL 5: Seksyen Hasil Kajian dan Perbincangan
Modul ini membimbing secara hands-on bagaimana menulis seksyen Hasil Kajian dan Perbincangan dengan betul. Peserta ditunjukkan dengan sampel kertas kerja yang berkualiti dan diminta mengulas ciri-ciri yang ada padanya.
MODUL 6: Seksyen Kajian Literatur
Memandangkan hasil literatur yang sangat banyak, penting bagi peserta menyaring maklumat yang hendak mereka rujuk dalam seksyen kajian Literatur. Modul ini membimbing peserta dengan cara memetik maklumat dan cara mengolah bahan rujukan supaya menepati ciri-ciri kajian literatur berkualiti.
MODUL 7: Seksyen Kesimpulan dan Kajian Lanjutan
Walaupun seksyen kesimpulan dan kajian lanjutan nampak mudah dan ringkas namun jika tidak ditulis dengan kemas, ia mampu mencacatkan makalah. Modul ini membimbing peserta bagaimana mengemas dan mengetatkan hujah supaya padat dan sampai maksudnya.
MODUL 8: Seksyen Pengenalan
Dalam membina perenggan di seksyen pengenalan, peserta harus mengetahui ciri-cirinya yang betul. Mereka juga perlu mengekalkan gaya komunikasi ilmiah daripada awal lagi. Modul ini mendedahkan teknik yang betul menulis seksyen yang ringkas namun penting ini.
MODUL 9: Seksyen Rujukan dan Petikan
Modul ini membimbing secara hands-on bagaimana menulis rujukan berdasatkan standard APA. Peserta juga ditunjukkan kaedah memetik rujukan supaya tidak terjebak dengan isu plagiarism.
MODUL 10: Seksyen Abstrak
Modul ini membimbing peserta menulis abstrak kertas kerja dengan jelas, namun simpel dan padat. Mereka akan diterangkan dengan ciri-ciri abstrak yang baik. Sesi praktikal mencabar mereka menulis abstrak bagi kertas kerja yang sudah siap, namun sengaja dibuang bahagian abstraknya.
MODUL 11: Memilih Tajuk yang Ampuh
Memberi tajuk pada kertas kerja seumpama memberi nama kepada anak yang baru lahir. Ia perlu unik, sesuai dan merangkum. Modul ini juga menyediakan sesi praktikal yang mencabar peserta memberi tajuk bagi kertas kerja yang sudah siap, namun sengaja dibuang tajuknya.
MODUL 12: Hubungan Penulis dengan Penerbit
Kertas kerja yang berkualiti tinggi sekalipun tidak menjamin ia diterima bagi diterbitkan dalam jurnal atau prosiding persidangan antarabangsa. Peserta akan ‘dibocorkan’ dengan rahsia trainer menembusi penerbitan antarabangsa sehingga makalahnya diindeks di SCOPUS.
MODUL 13: Menguruskan Penerbitan dan Editorial
Penerbitan jurnal bukan proses yang mudah. Ia melibatkan banyak pihak. Peserta akan didedahkan dengan teknik bagi melicinkan proses penerbitan, pelantikan pakar, editorial dan sebagainya.
MODUL 14: Penyuntingan, Pewasitan dan Pemasaran Jurnal
Setelah artikel diterima daripada penulis, ia perlu melalui proses penyuntingan dan pewasitan yang sempurna. Modul ini membimbing peserta dengan tip sehingga jurnal dapat dipasarkan.
MODUL 15: Pemasaran dan Pengantarabangsaan Jurnal Malaysia
Setelah jurnal siap dicetak, ia perlu dipasarkan. Walaupun jurnal ditulis dalam BM, matlamat pemasaran ke persada antarabangsa wajar dijadikan matlamat. Peserta akan mengetahui proses yang terlibat dalam modul ini.
YURAN PROGRAM
RM800 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Sahaja)
Ini termasuk makan dan minum 3 kali sehari, modul kursus, sijil penyertaan bagi yang layak dan bonus-bonus yang dinyatakan sebelum ini.
BAGAIMANA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN?
Langkah 1, daftarkan di secara online di http://bit.ly/penulisanjurnal
Langkah 2, pilih salah satu daripada kaedah di bawah:
KAEDAH 1: Bayaran RM800 melalui akaun/ATM
Buatkan bayaran. Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB)
Nama Pada Akaun: Akademi Penulis Sdn. Bhd.
No. Akaun: 14340000472103
Bank Islam Berhad (BIMB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 12113010039294
Maybank Berhad (MBB)
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 512204816142
KAEDAH 2: Bayaran RM800 menggunakan kad kredit*
Bayaran melalui kad kredit (Mastercard/VISA) juga diterima. Bagi menggunakan kaedah ini para peserta perlu mengirimkan emel maklumat berikut:
Nama:
- No. Kad Pengenalan:
- No. Telefon Bimbit:
- Emel:
- Alamat:
Pihak kami akan mengirimkan satu invois elektronik berserta arahan pembayaran kad kredit. Pohon ikut arahan pada invois elektronik ini. Pembayaran menggunakan kad kredit menggunakan penyedia pembayaran dipercayai ramai NetBuilder.
*Caj sebanyak 4% akan dikenalan untuk setiap transaksi
Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum program bermula. Selepas membuat pembayaran, mohon fakskan ke 03 41493560 ataupun emailkan ke latihan@akademiusahawan.com.my slip pembayaran untuk tujuan rekod kami.
ANDA BERMINAT?
Isikan borang online di http://bit.ly/penulisanjurnal dan tekan SUBMIT sekarang.
INGIN BERTANYA?
Boleh hubungi 0341492560 (Cik Atiqah) ataupun emailkan kepada latihan@fauzulnaim.com.
Bertindak sekarang, tempahkan tempat untuk Anda sebelum terlewat.

