Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Konsep Buku?
November 28, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak
Filed under Teknik
Ada satu soalan yang ditanya oleh Saudara Zamri Mohamad sebelum ini kepada saya, beliau bertanya apakah itu konsep buku? Bagaimanakah hendak membina konsep? Adakah tulisan saya tidak berkonsep? Banyak lagi persoalan yang boleh ditanya mengenai konsep.
Apabila disebut mengenai konsep ia kembali kepada perkara asal iaitu apakah sebabnya buku ini ditulis. Penulis harus jelas tujuan penulisan dan kepada siapakah penulisan itu ditujukan. Bagaimana hendak menjadikan ia jelas? Para penulis perlu menyenaraikan semua perkara asas berkaitan mengenai buku tersebut :
- Tajuk
- Latar Belakang Buku
- Topik Buku
- Sasaran Pembaca
- Jenis Penulisan
Tajuk, Latar Belakang Buku & Topik Buku
Apabila kita ingin menulis sesebuah buku, tentu ada sebabnya mengapa kita ingin menuliskannya. Ia mungkin disebabkan oleh peristiwa, penelitian rambang, cerita luar, pengalaman hidup dan sebagainya. Kesemua ini menyebabkan kita terasa keperluan kita menulis buku. Kita tolak jenis pengarang buku yang menulis apa sahaja untuk mendapatkan duit. Pengarang sebegini selalunya jarang ada perjuangan dalam penulisannya.
Pengarang yang menulis dengan tujuan lain selain daripada hanya wang, selalunya menulis dengan perjuangan. Beliau ada perjuangan untuk mendidik anak bangsa, mengubah masyarakat, menjelaskan sesuatu perkara dan banyak lagi. Pengarang sebegini tidak melihat apa pulangan kembali kepada dia. Ia ikhlas dan tulus dalam mengeluarkan apa yang ada pada mindanya.
Tulisan pengarang sebegini juga lebih membumi dan menusuk ke dalam kalbu. Ia menulis daripada hati dan kasih sayang. Tidak ada prejudis dalam penulisannya. Apabila orang membaca karyanya terasa seperti ia memang ditulis untuknya. Ini jenis buku yang saya katakan sebagai perjuangan.
Jadi apabila pengarang sebegini jelas tujuan penulisannya ia boleh lihat apakah topiknya, latar belakang penulisannya dan selepas itu meletakkan tajuk yang sesuai dengan apa ingin ditulis. Walaubagaimanapun dalam perkara tajuk ini ia masih lagi bergantung kepada penerbit untuk menentukan kembali sebelum menerbitkannya. ![]()
Sebagai contoh, seorang pengarang yang berminat untuk menulis satu buku motivasi perubahan pelajar. Ia adalah hasil daripada pengamatannya kepada keadaan semasa yang mana para pelajar sekarang mempunyai banyak masalah sosial, krisis diri, kelemahan dalam pembelajaran dan sebagainya. Ia merasakan bahawa dengan wujudnya buku tulisannya ini, ia dapat membantu para pelajar menjadi lebih cemerlang dalam hidup mereka. Di samping itu juga, si pengarang mempunyai pengalaman hidup yang mungkin boleh dikongsikan kepada para pembaca sasarannya.
Jadi apa yang dia boleh letakkan dalam senarai di atas tadi ?
- Tajuk : Menjadi Pelajar Super
- Latar Belakang Buku : Buku yang mendidik pelajar bagi mengubah hidup daripada yang baik kepada lebih baik, yang buruk kepada baik. Buku praktikal dengan contoh dan cerita benar berdasarkan pengalaman hidup masyarakat serta diri sendiri.
- Topik Buku : Motivasi Perubahan
Bersambung…..
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 10th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009 - August 21st, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Teknik
- Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Konsep Berdasarkan Tujuan - January 11th, 2008
- Perkara Teknik Untuk Pembaca Yang Berfikir - November 21st, 2007
- Tip Menulis 3 : Cari & Jumpa Penerbit - November 5th, 2007
- Tip Menulis 2 : Penyelidikan, penyelidikan, penyelidikan - November 1st, 2007












Diskusi
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!