Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan?

Apabila saya bertanya kepada peserta-peserta bengkel penulisan yang saya kendalikan. Mengapakah Anda semua tidak menulis? Ramai yang memberikan seribu satu alasan hampir sama.

Antara alasan yang diberikan “Kami tidak ada pengalaman”, “Kami tidak ada bakat”, Kami tidak tahu bagaimana hendak menulis”, kami tidak itu, kami tidak ini.

Kesemua alasan dan jawapan sebegini sama sahaja sama ada pesertanya di kalangan remaja ataupun dewasa, di kalangan pelajar ataupun pensyarah, di kalangan pendidikan rendah hinggalah bertaraf profesor.

Apakah sebenarnya berlaku di sini? Adakah memang benar perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Jika kita telitikan satu persatu, alasan-alasan sebegini bukan hanya dalam berkisar persoalan penulisan sahaja. Apabila soalan yang sama ditanya mengenai mengapa tidak berniaga? Mengapa tidak menyanyi? Mengapa tidak menyertai amanah saham? Mengapa tidak  itu dan ini. Alasan seakan-akan sama akan dikeluarkan. Benarkah? Cubalah mula bertanya kepada rakan-rakan terdekat.

Saya yakin dan percaya lebih daripada 70% jawapan adalah seperti di atas.

Mengapa begini jadinya? Ini semuanya bermula daripada diri sendiri. Apakah skrip hidup yang kita tulis dalam diri kita mengenai sesuatu perkara. Skrip itu skrip menarikkah, berjayakah ataupun gagalkah? Kesemuanya diterjemahkan kepada cara kita berfikir dan bertindak. Bagaimana hendak mengenali dan keluar daripada situasi sebegini? Kita akan bincangkan dalam artikel mendatang.

Twitter Digg Delicious Stumbleupon Technorati Facebook

14 Responses to “Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan?”

  1. Saya berminat menulis. Sedang mencari lorong untuk menambah pendapatan sebagai pelajar.

    (pelajar fakulti penulisan skrip ASWARA)

  2. Saya bersetuju dengan pandangan Fauzul. Pada pendapat saya, bakat menulis tak semestinya “gifted”. Bakat boleh dibentuk dengan latihan dan displin yang berterusan. Seorang pemuzik tidak semestinya cekap bermain gitar dengan hanya bergantung kepada bakat semulajadi semata-mata. Tetapi ia dibentuk dengan latihan dan kesungguhan. Tahukah kita bahawa gitaris terkemuka dunia menghabiskan masa berjam-jam setiap hari untuk mengasah kecekapan mereka? Jadi, tidak mustahil bagi kita untuk melatih diri menjadi seorang penulis. Yang pastinya, langkah yang jauh itu bermula daripada langkah pertama. Langkah pertama juga bermula dengan langkah bertatih…
    http://www.chitchatremaja.com

  3. sya adalah pelajar sinematografi
    di unimas…
    masalah sya ialah sya sllu xda idea tuk membuat citer
    di samping itu,penulisan skrip sya jg tidak begitu baik
    sya harap anda dpt membantu sya

  4. berminat untuk menyertai bidang penulisan secara serius..tapi mgkn hanya utk sambilan shj..krn skrg saya masi std..in law course..

  5. Salam,
    Sejak lepas sekolah saya tidak pernah menulis walau sepucuk surat sehingga berusia 36 tahun. Tetapi sehingga sekarang sudah 20 tahun saya menanggung keluarga dari hasil penulisan saya. Alhamdulillah.

  6. Tuan memang banyak pengalaman dan seorang yang istiqamah dalam penulisan. Saya amat berminat untuk duduk dan bersembang lama dengan Tuan. Jika ada kelapangan singgahlah kepada pejabat kami di Wangsa Melawati.

  7. Salam tuan,
    Saya salah sorang student,
    saya berminat untuk berkarya..
    bagaimana langkah pertama untuk saya memulakannya..
    Tapi, saya tidak lah berbakat,
    hanya ingin mencuba..
    harap tuan dapat membantu..
    Terima kasih.

  8. Pada pandangan saya, saudara boleh mulakan dengan langkah seribu ataupun satu. Saya sarankan saudara hadiri mana-mana bengkel penulisan anjuran organisasi ataupun jurulatih berpengalaman. Akademi Penulis juga menganjurkan bengkel dan seminar berkaitan. Boleh mendaftar diri untuk tujuan itu

  9. salam..
    sy nk tya;
    mcm mana caranya hendak menulis skrip?
    kkpd siape yg prlu sy hntr skrip sy skranya sdah siap@lengkap?
    apa bhan yg dperlukan untk membuat skrip?
    kemana prlu sy rjuk utk mndpat bhan isi-isi skrip sy?

  10. Sesiapa berminat dengan bidang penulisan, mahu atau tidak kena banyak membaca. Di samping itu jangan ’sayang’ duit untuk menyertai mana-mana ilmu penulisan.

  11. Tuan Zayu, tahniah atas terbitan novel Tuan. Kami amat bersetuju dengan saranan Tuan.

    Tuan one_26, kami sarankan Tuan hadiri bengkel anjuran kami bagi mendapat maklumat lanjut mengenainya. Ataupun boleh langsung ke laman web jurulatih utama kami Tuan Fauzul Na’im bagi mendapatkan maklumat lanjut penerbitan buku. Laman web beliau http://www.fauzulnaim.com.my.

    Terima kasih.

  12. Saya telah menghadiri Jana Wang Dgn Menulis pada Jun tahun lalu dan memang memasang azam (bukan angan2) untuk menulis buku. Kalau masih ingat, saya yg ‘makyong menunggu hari’ masa bengkel tu :-)
    Sampai sekarang, semangat saya tak pernah padam tau!Membara saja semangat ni. Cuma jgn terbakar hangus cukuplah ;-)
    Memang saya tidak mahu lagi memberikan alasan itu dan ini utk tidak menulis. Cuma saya mahu menjadi lebih fokus dalam menentukan tajuk & kandungan buku. Masalah yg sedang saya hadapi adalah terlalu banyak idea dan saya telahpun menyalin idea2 tersebut di dalam buku nota kecil dan dimasukkan ke dalam PC.Cuma saya tak tahu nak decide topik/ isu. Saya ingin menulis tentang self-development/enhancement dan sasaran saya adalah wanita.
    Walau saya memang sibuk (macam semua orang lain), almaklumlah, bekerja & travel selain dr t/jawab berumahtangga, namun saya tetap berazam utk melahirkan karya sulung saya. Skrip hidup saya di bidang penulisan memang berubah selepas pergi bengkel FauzulNaim hatta skrip hidup secara umum pun! Rasa macam pergi bengkel motivasi pun ada.
    Mudah2an Fauzul & team dapat membantu saya.

  13. Kami bersedia untuk membantu saudari. InsyaAllah saudari akan dijemput untuk menghadiri Klinik Penulisan nanti

  14. …SLM TUAN,SY MINAT SGT BDANG PENULISAN…SY ADA MENULIS 1 CERITA BERBNTUK SEBUAL NOVEL CNTA DN ANTR KE SYARIKAT ALAF 21 TP YG KCEWANYA LNGSUNG X ADA MKLUMBALAS DR KAKITGN SYARIKAT TRSEBUT,,,NMUN SY X KAN PTUS ASA,INI CITA2 SY..TLG BANTU SY D MANA BLH SY MNCUBA NSIB SY LG…YM SY sweet_sakura9889@yahoo.com