Apakah Genre Buku Yang Bakal Bestseller Tahun Ini?
January 4, 2008 Oleh Fauzul Naim Ishak
Filed under Jadi Bestseller
Rata-rata perbincangan di kalangan penerbit ketika ini apakah jangkaan bidang atau topik yang bakal menjadi bestseller tahun ini. Tahun-tahun sebelum ini, setiap tahun ada saja segmentasi yang menjadi bestseller. Namun begitu bagi tahun 2007, boleh dikatakan tidak ada satu bidang yang boleh dikatakan kuat dan hangat. Yang masih berterusan diterima dan dibeli oleh para pembaca adalah buku-buku agama dan motivasi. Itupun tidak terlalu hebat hingga mencecah puluh ribuan.
Bagi PTS Millennia Sdn Bhd 2007 adalah tahun Islam Kontemporari. Beberapa produk dalam genre itu seperti Quran Saintifik dan Fikah Harian menjadi bestseller. masing-masing terjual melebihi 15,000 naskhah dalam masa setahun. Satu pencapaian yang membanggakan. Kemudian buku Motivasi Alihan Pelajar menjadi buku motivasi paling cemerlang sepanjang tahun dengan rekod jualan melebihi 13,000 naskhah kurang daripada setahun. Buku-buku lain walaupun tidak sehebat itu, ada beberapa yang melebihi jangkaan. Satu pencapaian yang pada pandangan saya baik dan boleh dibanggakan.
Persoalannya apakah pula buku yang bakal jadi bestseller tahun ini? Apakah genrenya? Siapakah tokohnya? Ada khabar angin mengatakan tahun ini adalah tahun buku agama dan novel remaja. Mungkin betul mungkin salah.
Sepertimana kata Azizi Ali dalam pertemuan lalu
Hasil Perkongsian :Kalau kita tahu mana yang boleh jadi bestseller, sudah lama kita jadi kaya
Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Bengkel Intensif Teknik Menulis C2M pada 21 hingga 22 Februari 2009 - September 6th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: JomTraining Sebagai Tempat Bengkel Intensif - September 6th, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Soal Jawab Penulisan: Jawapan Kepada Abdul Malek : Adakah Tesis Ph.D. ataupun Master Boleh Diterbitkan - September 7th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Jadi Bestseller
- Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Salah Laluan Ataupun Salah Produk? - April 15th, 2008
- Bagaimana Hendak Mengantarabangsakan Buku Tulisan Kita - November 17th, 2007












Encik Fauzul,
Apa maksud buku Motivasi Alihan Pelajar? Jika boleh saya tahu.
Terimma kasih.