Akademi Penulis mewujudkan satu ruangan khas untuk para ALUMNI Akademi Penulis di Facebook. Ruangan ini hanya dikongsikan dengan para peserta yang pernah menghadiri mana-mana bengkel anjuran Akademi Penulis bermula tahun 2009 hingga sekarang.
Ruangan ini diwujudkan bagi memudahkan interaksi dua hala di antara para ALUMNI dengan para jurulatih. Di samping itu ia menjadi ruangan makluman berita terkini Akademi Penulis dan jadual klinik penulisan yang diadakan oleh pihak akademi.
Pihak Akademi Penulis menjemput para peserta melalui email. Bagi mana-mana peserta lalu yang masih belum mendapat sebarang jemputan memohon melakukan 2 langkah:
- Wujudkan akaun facebook individu
- Maklumkan kepada pihak kami email yang digunakan untuk akaun facebook tersebut
Pohon berikan maklumat melalui ruangan diskusi di bawah ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com dengan Perkara: SAYA ALUMNI AKADEMI PENULIS
Terima kasih.


saya bekas peserta bengkel penulis super di hotel vistana pada 29-31hb januari 2010
Apakah email Tuan?
ASM. Saya peserta bengkel Penulis Super pada 29hb Jan tempuh hari. Ada apa-apa ‘follow-up’ selepas bengkel rwesebut? Terima kasih.
Saya alumni akademi penulis
InsyaAllah Tuan kita akan jemput para peserta lalu ke klinik penulisan yang bermula pada Mac 2010 ini.
Salam. Peserta bengkel penulisan tahun 2009.
Salam Tuan, saya peserta Bengkel Penulis Super 2009.
bagaimana pula dengan penulis PTS yang bukan peserta bengkel, adakah beliau juga boleh mendaftar di alumni tersebut?
Salam tuan, saya alumni Akademi Penulis. Pernah menghadiri Bengkel Penulisan Berita dan Rencana yang telah diadakan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 Mac 2010 yang lalu. Alamat facebook: Alon Kamal
Para peserta bengkel anjuran Akademi Penulis adalah ALUMNI secara automatik. Bagi para penulis PTS namun tidak pernah menghadiri bengkel anjuran Akademi Penulis tidak dapat menyertainya selagi tidak menghadiri manamana bengkel anjuran akademi.
Boleh saya turut serta? Walaupun belum lagi menyertai mana-mana bengkel penulisan di sini? Saya telah banyak menulis mulanya daripada sebuah diari hinggalah sekarang saya bertukar kepada Facebook kerana saya ingin berkongsi kisah kisah kehidupan masa kini bersama teman-teman. Sehinggalah saya menemui laman web ini dan barulah saya tahu yang bidang ini boleh menjana pendapatan rupanya.