Buku Percuma Bagi 15 Peserta Pertama Mendaftar Diri Bengkel Penulisan Berita dan Rencana

Akademi Penulis akan mengadakan Bengkel Penulisan Berita dan Rencana pada 19 hingga 21 Mac 2010 di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Bengkel 3 hari 2 malam ini akan dikendalikan oleh para pakar industri penulisan dan penerbitan buku Malaysia. Jurulatih terlibat adalah Tuan Zamri Mohamad, seorang penulis berita dan rencana terkenal. Artikel-artikel beliau sering menghiasi ruangan berita dan rencana di majalah-majalah dan akhbar-akhbar perdana Malaysia. Beliau akan mendedahkan rahsia bagaimana menghasilkan artikel berita dan rencana yang berpengaruh. Di samping itu beliau akan mendedahkan kaedah bagaimana beliau memasarkan artikel tersebut hingga berjaya diterbitkan oleh akhbar dan majalah perdana.

Selain daripada beliau, Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih kanan Akademi Penulis turut serta menyampaikan input motivasi penulisan beliau. Ini suatu bengkel yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh para individu yang ingin menjadikan ruangan penulisan berita dan rencana sebagai kerjaya sampingan ataupun tetap.

Buku ini percuma untuk 15 peserta pertama

Lebih menarik, pihak Akademi Penulis berbesar hati menawarkan hadiah istimewa percuma. Hadiah berupa buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas karangan Tuan Zamri Mohamad. Buku bestseller terbitan PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. pasti menjadi teman berharga bagi para penulis berita dan rencana nanti.

Jangan lepaskan peluang sekarang. Daftarkan diri di www.penulisanberitarencana.com ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com ataupun hubungi Tuan Abdul Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560. Bertindak sekarang. Pastikan satu tempat ditempah khusus untuk Anda.

ALUMNI Akademi Penulis di Facebook

Akademi Penulis mewujudkan satu ruangan khas untuk para ALUMNI Akademi Penulis di Facebook. Ruangan ini hanya dikongsikan dengan para peserta yang pernah menghadiri mana-mana bengkel anjuran Akademi Penulis bermula tahun 2009 hingga sekarang.

Ruangan ini diwujudkan bagi memudahkan interaksi dua hala di antara para ALUMNI dengan para jurulatih. Di samping itu ia menjadi ruangan makluman berita terkini Akademi Penulis dan jadual klinik penulisan yang diadakan oleh pihak akademi.

Pihak Akademi Penulis menjemput para peserta melalui email. Bagi mana-mana peserta lalu yang masih belum mendapat sebarang jemputan memohon melakukan 2 langkah:

  1. Wujudkan akaun facebook individu
  2. Maklumkan kepada pihak kami email yang digunakan untuk akaun facebook tersebut

Kumpulan Facebook ALUMNI Akademi Penulis

Pohon berikan maklumat melalui ruangan diskusi di bawah ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com dengan Perkara: SAYA ALUMNI AKADEMI PENULIS

Terima kasih.

Retreat Jurulatih Akademi Penulis Membuahkan 2 Program Penulisan Baru

Akademi Penulis Sdn. Bhd. menganjurkan Retreat Akademi Penulis Janda Baik yang mengumpulkan 4 orang jurulatih kanan Akademi Penulis. Program yang julung-julung kali diadakan ini bertempat di Kuala Lurau Camp Chalet (KLcc), Janda Baik selama 3 hari 2 malam.

Ia dianjurkan bagi mengadakan sesi brainstorming khusus untuk membincangkan modul-modul latihan program yang bakal dianjurkan oleh Akademi Penulis. Jurulatih-jurulatih yang terlibat adalah Tuan Fauzul Na’im Ishak, Tuan Zamri Mohamad, Tuan Ikram Wazir dan Cik Puan Salina Ibrahim. Kesemuanya adalah jurulatih berpengalaman dalam industri masing-masing. Program ini turut disertai oleh para staff APSB dan FNSB dengan ahli keluarga mereka.

Para jurulatih dan staff APSB yang hadir, dari kiri: Cik Salina Ibrahim, Tuan Ikram Wazir, Tuan Fauzul Na'im, Tuan Abdul Qahhar, Tuan Zamri Mohamad dan Iqbal Nu'aim (anak Tuan Fauzul Na'im)

Alhamdulillah program ini berjaya menghasilkan 2 lagi modul program penulisan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Ia pastinya informatif dan memberikan impak terbaik kepada para pesertanya nanti. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini. Tahniah kepada jawatankuasa program atas kejayaan penganjuran retreat APSB ini.

Bengkel Penulis Super Penuh Warna Warni

Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller yang berlangsung daripada 29 hingga 31 Januari 2010 di Hotel Vistana Kuala Lumpur berakhir dengan jayanya. Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pada perancangan asal pihak Akademi Penulis mensasarkan penyertaan 30 orang peserta sahaja. Namun atas permintaan yang amat menggalakkan in ia dinaikkan kepada 40 orang.

Para peserta Bengkel Penulis Super 29 hingga 31 Januari 2010

Dalam tempoh 45 hari pembukaan pendaftaran, seramai 75 orang individu yang mendaftarkan diri. Namun disebabkan sebab-sebab teknikal, 36 orang menyatakan hasrat untuk menarik diri dan ingin mengikuti bengkel ini di waktu lain. Satu orang menarik diri di saat-saat akhir atas sebab tidak dapat dielakkan menjadikan peserta yang hadir adalah 38 orang.

Para peserta pada kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada daripada penjawat awam berkedudukan tinggi di kementerian, doktor dan pakar perubatan, pensyarah universiti, jurutera, perunding latihan dan motivasi serta pesara. Ini menjadikannya penuh warna warni.

Antara peserta wanita bergambar dengan Tuan Fauzul Na'im

Sebanyak 38 proposal penulisan berjaya dihasilkan sepanjang 3 hari 2 malam ini. Proposal-proposal ini akan diberikan khidmat perundingan khas oleh pihak Akademi Penulis dalam beberapa sesi klinik penulisan akan datang.

Pihak Akademi Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang hadir. Terima kasih juga kepada semua. InsyaAllah, Bengkel Penulis 2 akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.

Hari Ini Bermulanya Bengkel Penulis Super

Alhamdulillah selepas 45 hari bertungkus lumus membuat segala persiapan, promosi dan sebaran maklumat mengenai BENGKEL PENULIS SUPER: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller akhirnya hari ini ia bermula. Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai golongan akan berada di Hotel Vistana Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam bagi menggali segala input dan info terbaru dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia.

Bengkel 3 hari 2 malam ini akan dikendalikan oleh dua orang pakar penulisan dan penerbitan buku Akademi Penulis Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad. Mereka sendiri amat teruja untuk membongkar segala rahsia penulisan dan penerbitan buku kepada para peserta kelak. Mereka beberapa hari ini berusaha bersungguh-sungguh mengemaskini segala nota dan modul dengan input terbaru yang bakal dibentangkan dalam bengkel ini.

Pihak Akademi Penulis akan mengemaskini maklumat daripada masa ke semasa di sini untuk tatapan para pelawat.

Tahniah Tuan Rizal Rashid Atas Terbitnya Buat Duit Dengan Video Kahwin

Pihak Akademi Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Rizal Abdul Rashid atas terbitnya karya pertama beliau Buat Duit Dengan Video Kahwin. Tuan Rizal adalah seorang jurnalis majalah dan juga mempunyai hobi dalam bidang fotografi dan videografi. ALUMNI Akademi Penulis daripada Seminar Jana Wang Dengan Menulis 1 pada 17 hb Januari 2009.

Pihak kami amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan beliau. Pihak kami dimaklumkan oleh pihak PTS, penerbit buku ini Tuan Rizal sudah mengirimkan satu lagi manuskrip buku non fiksyen yang bakal terbit dalam masa terdekat. Di samping itu juga beliau sudah mengirimkan proposal penulisan novel pertama beliau kepada PTS Litera Utama. Nantikan kemunculan karya-karya lain daripada beliau.

Tahniah sekali lagi, kejayaan Tuan memberikan inpirasi kepada penulis dan ALUMNI Akademi Penulis yang lain.