Betapa Mudah Menjadi Penulis Rencana kepada Si Pakar

  • Saya tidak tahu menulis kerana saya tidak ada idea.
  • Saya kurang pengalaman untuk menulis bidang yang saya tahu.

Pernahkah saudara mendengar ayat ini? Tidak ada idea dan tidak ada pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang untuk menulis.

Jika demikian, jadilah penulis kepada si pakar.

Itulah yang dilakukan oleh para wartawan akhbar dan majalah apabila menulis sesuatu rencana. Mereka menulis kepakaran orang lain atas nama mereka sendiri. Seorang wartawan tidak perlu menjadi seorang pakar ekonomi bagi menulis rencana ekonomi, beliau perlu menguasai kefahaman asas dan mendapatkan autoriti yang mengesahkan fakta yang ditulis.

Izinkan saya bercerita mengenai Lea Beadling, seorang penulis bebas yang menulis rencana mengenai dunia perubatan, sedangkan beliau bukan seorang pakar!

Lee Beadling merupakan seorang penulis bebas yang tersohor di Amerika Syarikat. Salah satu artikelnya yang menarik perhatian pembaca bertajuk ‘Man With The Baby’.

Kisahnya sungguh unik yang menggambarkan bagaimana beliau menjadi seorang penulis bebas yang dikenali pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya dalam bidang ortopedik.

Tetapi beliau bukanlah seorang doktor dan tiada apa-apa kelulusan daripada mana-mana institusi perubatan dunia yang mengesahkan kelayakannya.

Apabila beliau menamatkan pengajiannya di kolej, beliau bekerja sebagai penulis staf di sebuah majalah, Orthopedics Today. Dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama tidak meminatinya.

Beadling tetap mahu menulis, ketika itu beliau sudah berumah tangga dan baru bergelar ayah, jadi dia memerlukan pekerjaan. Dia mempelajari ilmu ortopedik dengan menghadiri konferens, mendengar ucapan-ucapan mereka, membaca kertas kerja mereka, menyoal mereka dan merujuk kepada bahan bacaan lain seperti kamus perubatan Dorland.

Dia menulis lapan jam sehari, lima hari seminggu dikhususkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang kajian terbaru dan perubatan serta mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang berkaitan dengan bidang ortopedik.

Hari ini sebagaimana digambarkannya, “Saya dikenali dan dihormati oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan untuk mereka.”

Beadling berhenti dan menjadi penulis bebas bukan sahaja untuk majalah Orthopedics Today, pada masa yang sama terdapat badan-badan berkaitan memintanya menulis tentang bidang tersebut bagi tujuan kenyataan akhbar.

Saya pernah menjadi Lee Beadling dalam acuan Malaysia. Sebagai penulis bebas, saya menemuramah individu dan mendapatkan bahan berautoriti dalam penulisan rencana.

Saya menjadi Lea Beadling dalam satu bidang yang bukan kemahiran saya. Tetapi penulisan itu tidak mustahil jika tahu caranya. Para pembaca berpuas hati kerana ia adalah maklumat baru yang bermanfaat kepada mereka. Malah mereka memintanya lagi dan lagi.

Anda juga boleh jadi begitu, semuanya bermula dari dalam diri.

Nukilan:

Zamri Mohamad
Jurulatih Kanan Akademi Penulis

Program Klinik Penulisan Dimulakan 8 Mei 2010

Akademi Penulis buat julung-julung kalinya mengadakan klinik penulisan khusus bagi memberikan khidmat nasihat dan perundingan buat para pengarang dan bakal pengarang dalam kumpulan yang kecil. Klinik penulisan disasarkan dalam kumpulan 3 hingga 5 orang yang dikendalikan oleh para jurulatih kanan Akademi Penulis.

Fasa pertama klinik dikhususkan untuk para ALUMNI Akademi Penulis yang pernah menghadiri bengkel-bengkel anjuran Akademi Penulis sebelum ini. Akademi Penulis mensasarkan dalam masa setahun daripada bengkel dianjurkan para ALUMNI berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 1 karya. Alhamdulillah sehingga sekarang sudah ramai ALUMNI yang berjaya menghasilkan karya mereka. Antaranya Tuan Rizal Rashid, Tuan Md. Ali Berahim, Dr. Azman Sharif dan Tuan Zakaria Sungip.

Klinik Pertama

Klinik Pertama dianjurkan pada 8 Mei 2010. Klinik kendalian Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis ini dihadiri oleh 4 ALUMNI Akademi Penulis yang datang daripada segenap penjuru Malaysia. Tuan Mohd Ali Mohd Noor dari Ipoh, Perak, Cik Puan Tuan Kalsum dari Pulau Pinang, Puan Ayu Darlu dari Batu Pahat, Johor dan Prof. Ir. Jailani dari Putrajaya menyertai kumpulan pertama klinik penulisan. Turut hadir berkongsi pengalaman Tuan Zamri Mohamad.

Alhamdulillah hasil daripada perbincangan dalam klinik penulisan selama separuh hari ini menghasilkan 8 proposal buku yang bakal diterbitkan pada tahun 2010-2011. Proposal semua peserta diulas dan dicincang oleh jurulatih kemudiannya diberikan tarikh akhir bagi menyiapkan proposal baru dan penghasilan manuskrip buku. Pihak Akademi Penulis sudah mendapatkan maklum balas penerbit yang bersetuju untuk menerbitkan karya-karya keempat-empat peserta klinik kali. InsyaAllah kita akan dapat memperoleh buku-buku tulisan mereka paling lewat awal tahun 2011. Tahniah semua peserta dan terima kasih kepada para jurulatih.

Jurulatih Utama, Tuan Fauzul Na'im mengendalikan sesi bersama para peserta klinik penulisan

Diskusi peserta bersama dengan Tuan Fauzul

Tuan Mohd Ali yang penuh semangat

Pembukaan Bilik Latihan Akademi Penulis di Wangsa Melawati

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan pembukaan bilik latihan Akademi Penulis di 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Bilik latihan ini diwujudkan bagi kegunaan program latihan peringkat asas dan pertengahan. Jadual bengkel ini akan dinaikkan di laman Akademi Penulis daripada semasa ke semasa. Bagi program latihan peringkat termaju akan diadakan di hotel rasmi Akademi Penulis, Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Di bawah dikongsikan imej-imej ruang latihan Akademi Penulis buat tatapan umum.

Papan Tanda Di Pintu Masuk Ke Ruang Latihan Akademi Penulis

Pintu Masuk Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Tangga Naik Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Tangga yang Bercahaya Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Ruang Letak Kasut Menuju Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Pintu Masuk Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Bilik Latihan Akademi Penulis

Bilik Latihan Akademi Penulis Di Kelilingi Buku

Bilik Latihan Akademi Penulis

Laman Web Bengkel Penulisan Novel Dilancarkan

Pihak Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran laman web rasmi Bengkel Penulisan Novel di www.penulisannovel.com. Sehingga ke hari ini sudah ada 20 orang yang mendaftar diri dan bengkel kali ini dihadkan kepada 40 orang peserta pertama sahaja.

Laman Bengkel

Laman Bengkel Penulisan Novel di www.penulisannovel.com

Kepada yang berminat menyertainya, bertindak sekarang. Layari www.penulisannovel.com ataupun hubungi 013 6288614 ataupun 0341492560 ataupun emailkan ke latihan@akademipenulis.com sekarang.

Bengkel Penulisan Novel Bersama Salina Ibrahim 28 hingga 30 Mei 2010, Hotel Vistana Kuala Lumpur

May ’10
28
3:00 PM

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan BENGKEL PENULISAN NOVEL BERSAMA SALINA IBRAHIM akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh: 28 hingga 30 Mei 2010
  • Tempat: Hotel Vistana Kuala Lumpur
  • Yuran Pendaftaran: RM 1,200 (tanpa penginapan) dan RM 1,600 (dengan penginapan)

Mendaftar diri sekarang! Hubungi saudara Abdul Qahhar di talian 0136288614 ataupun Cik Husni di talian 0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Maklumat lanjut sila klik di sini

Bengkel Penulisan Politeknik Johor Bahru Berjaya Dengan Cemerlang

Akademi Penulis berjaya menganjurkan Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah dengan kerjasama Politeknik Johor Bahru pada 6 Mac 2010. Ia dihadiri oleh 32 orang peserta daripada kalangan para pensyarah Politeknik Johor Bahru. Bengkel sehari ini dikendalikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak.

Para peserta Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah Politeknik Johor Bahru bersama Tuan Fauzul