Bengkel Penulisan Ilmiah IPSAH Berjaya

Bengkel Penulisan Ilmiah Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani anjuran bersama Jabatan Sains IPSAH dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia berlangsung dari 17 hingga 19 November 2008. Ia diadakah di Hotel Bella Vista, Langkawi.

Pihak penganjur menjemput mentor utama Akademi Penulis, En. Fauzul Na’im Ishak menjadi penceramah dan pengendali bengkel selama 3 hari ini. Para peserta adalah dari kalangan pensyarah perguruan IPSAH. Sambutan daripada pihak peserta bengkel cukup baik. Kesemuanya bersemangat dan fokus kepada penyampaian yang disampai oleh penceramah jemputan.

Harapan Akademi Penulis lebih banyak bengkel seumpama ini dianjurkan bagi mewujudkan kumpulan penulis terlatih dari institusi pengajian tinggi awam negara. Di bawah dikongsikan koleksi gambar sepanjang bengkel berlangsung.

Bengkel Penulisan Buku Ilmiah di Hotel Bella Vista, Langkawi 17 hingga 19 November 2008

Mentor Utama Akademi Penulis dijemput bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Buku Ilmiah di Hotel Bella Vista, Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 November 2008. Bengkel Anjuran Jabatan Sains, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

20 Photos

Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari

Dipetik dari blog Zakaria Sungib

Berbalik kepada persoalan memilih subjek yang hendak ditulis, saya mendapat jawapannya apabila bertemu dengan Tuan Fauzul Naim Ishak beberapa hari lalu. Saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghadiri satu bengkel penulisan selama tiga hari. Tidak sangka pula Tuan Fauzul Naim yang mengendalikan bengkel itu dari awal sampai akhir.

Latar belakang beliau adalah dalam bidang kejuruteraan tetapi ditakdirkan yang beliau lebih berjaya menjuruterai dan mementori penulis sepanjang lapan tahun menceburi dunia penerbitan buku. Di bawah bimbingan beliau selaku editor dan pengurus penerbitan, lahir ramai penulis termasuk penulis-penulis ‘bestseller’.

Beliau mengajak para peserta bengkelnya melakukan ‘self discovery’. Mencari kekuatan diri. Dari situ nanti seseorang itu akan tahu kekuatan sebenarnya dan mengetahui apakah ‘ada buku’ dalam dirinya. Apa subjek penulisan yang sesuai untuknya dan mampukah dia menulis tentang subjek itu.

Saudara boleh membaca artikel sepenuhnya di blog beliau (KLIK DI SINI)

Berminat menyertai bengkel kendalian Akademi Penulis? Sila lawati www.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)

Ulasan Menarik En. Zakaria Sungib, Editor Kanan Galeri Ilmu Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen

“Kenapa kita mengadakan bengkel ini? Kerana kita hendak melahirkan ramai pengarang. Dengan lahirnya ramai pengarang, kita hendak lahirkan banyak buku. Apabila sudah ada banyak buku, barulah industri penerbitan buku di Malaysia benar-benar layak dipanggil ‘industri’,” 

kata Encik Fauzul Na’im yang mempunyai pengalaman lapan tahun sebagai editor dan penerbit buku. Beliau berjaya melahirkan barisan penulis-penulis buku ‘best-seller’ melalui PTS Millennia Sdn Bhd yang diterajuinya.

Beliau mengajak para peserta melihat penulisan buku sebagai bisnes, bukan sekadar seni. “Jangan tengok buku sebagai seni saja.”

Rujuk laman blog Galeri Ilmu untuk artikel sepenuhnya (KLIK DI SINI)

Bagi sesiapa yang berminat hendak mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan oleh pihak Akademi Penulis, boleh lawati http://www.janawangdenganmenulis.com

Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Dana Penggerak Industri Buku Berjaya

Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Dana Penggerak Industri Buku Negara dianjurkan dengan jayanya. Bengkel ini adalah anjuran Dewan Bahasa & Pustaka dengan kerjasama B Pro Management & Training diadakan pada 4 hingga 6 November 2008 yang lalu. Ia adalah program di bawah Dana Penggerak Industri Buku Negara, dana pemberian kerajaan kepada dunia perbukuan Malaysia.

Bengkel ini dihadiri oleh 28 peserta terdiri daripada para editor dan penulis dari pelbagai penerbit buku Malaysia. Antara penerbit buku yang turut serta adalah Telaga Biru Sdn Bhd, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Dewan Bahasa & Pustaka, Tinta Publisher, Creative Enterprise, Cerdik Publications dan ramai lagi.

Ia diadakan di Tingkat 4 Menara Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua pihak yang turut serta memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini. Terima kasih kepada Dewan Bahasa & Pustaka di atas kepercayaan kepada pihak Akademi Penulis dalam mengendalikan bengkel ini. Harapan pihak Akademi Penulis, bengkel ini dapat memberikan inspirasi dan panduan kepada para pengarang dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan kreatif.

Di bawah disertakan koleksi gambar sepanjang bengkel diadakan buat tatapan para peserta dan pelawat Akademi Penulis.

Mentor Utama Akademi Penulis di Bengkel Penulisan Buku Akademik Institut Perguruan Sultan Abdul Halim

Nov ’08
17
9:00 AM

Saya dijemput bagi mengendalikan bengkel anjuran Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Bengkel ini disasarkan khusus untuk para pensyarah IPSAH. Bengkel tersebut diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 17 hingga 19 Oktober 2008
  • Masa : 9 pagi hingga 11 malam
  • Tempat : Langkawi

Bengkel Penulisan Umum Bukan Fiksyen Kerjasama Akademi Penulis & Dewan Bahasa & Pustaka

Nov ’08
4
8:30 AM

Pihak Akademi Penulis dilantik sebagai perunding dan pengendali Bengkel Penulisan Bukan Fiksyen Dewan Bahasa & Pustaka. Bengkel ini khusus untuk para editor dan penulis syarikat yang memperoleh dana di bawah Dana Industri Buku Malaysia. Bengkel diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 4 hingga 6 Oktober 2008
  • Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Tempat : Dewan Kuliah Aras 4 Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur