Bengkel Penulisan Intensif Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia Di Seri Dinar, Janda Baik, Bentong, Pahang

Pasukan Akademi Penulis, En. Fauzul Na’im Ishak dan En. Najib M Noor berada di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik, Bentong, Pahang bagi mengendalikan bengkel Penulisan Intensif Laporan Tahunan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 20 orang peserta di kalangan pegawai tertinggi Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Kesihatan Malaysia berkampung di sini selama 4 hari 3 malam bermula 24 hingga 27 Mac 2009.

Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang pertama diadakan di Palm Garden, Putrajaya bulan Februari yang lalu. Sasaran bengkel kedua ini adalah bagi menyiapkan satu manuskrip laporan tahunan BPM bagi tahun 2009. Di bawah dikongsikan koleksi gambar hari pertama dan kedua bengkel.

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 1 Berjaya!

Alhamdulillah, Bengkel Praktikal Penulis Bestseller yang pertama berjaya diadakan dan dianjurkan. Ini adalah program kedua di bawah siri Penulis Super. Program pertama diadakan di Hotel Vistana di bawah nama Seminar Jana Wang dengan Menulis. Sebanyak 15 orang peserta daripada program pertama itu memilih untuk menyertai program kedua iaitu program advance di bawah siri ini.

Para peserta yang hadir diberikan input dan disertai dengan latihan praktikal. Input-input segar daripada para perunding latihan Akademi Penulis yang berpengalaman bertahun-tahun dalam industri penulisan dan penerbitan buku. Para perunding seperti Fauzul Na’im Ishak, En. Ahmad Naim Jaafar dan Zamri Mohamad adalah mereka yang sudah berjaya dalam industri ini. En. Fauzul memberikan worldview dunia penulisan, En. Ahmad Naim Jaafar khusus mengenai teknik menulis dan En. Zamri Mohamad khusus mengenai pemasaran karya cara non tradisional.

Semua peserta memberikan maklum balas yang amat baik. InsyaAllah dalam masa terdekat maklum balas mereka akan dinaikkan di sini. Di bawah kami sertakan koleksi gambar sepanjang program berlangsung. Pihak Akademi Penulis menjemput Tuan Puan yang berminat menyertai program Penulis Super 2. Seminar Jana Wang dengan Menulis 2 diadakan pada 20 Jun 2009 dan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 3 pada 18 & 19 Julai 2009. Boleh daftarkan diri di laman web rasmi program ini di www.janawangdenganmenulis.com.

Bengkel Latihan Penulisan Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan Maklumat KKM Berjalan Lancar

Akademi Penulis berjaya mengadakan dan menganjurkan Bengkel Latihan Penulisan Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bengkel ini diadakan pada 19 & 20 hb. Februari 2009 di Hotel Palm Garden, IOI Resort, Putrajaya. Bengkel pertama di bawah program penghasilan Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia ini dihadiri oleh 20 orang peserta dari kalangan para pegawai dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

Bengkel 2 hari ini dipenuhi dengan pengisian ilmu dan input penceramah dan perunding Akademi Penulis mengenai kaedah penulisan terkini. Bermula daripada motivasi penulisan hinggalah kepada teknik menulis. Bengkel kedua diadakan pada 24 hingga 27 Februari 2009 di Seri Dinar, Janda Baik. Di bawah dikongsikan koleksi gambar sepanjang perjalanan program di Hotel Palm Garden, Putrajaya

Bengkel Intensif Penulisan Buku Rujukan BPTV di MITC Ancasa Melaka Mencapai Sasaran

datoAlhamdulillah, 3 hari AkademiPenulis.Com berkampung di MITC Ancasa Melaka bersama-sama dengan para pegawai Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dan para guru kanan sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Bengkel Intensif Penulisan Buku Rujukan BPTV ini adalah bagi menyiapkan penulisan dokumentasi sejarah mengenai pendidikan teknik dan vokasional.

Buku yang diberikan tajuk Citra Kecemerlangan ini dibuat dalam dua bahasa dengan dua versi. Ia ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan rancangan penghasilan dua versi buku, buku versi kulit biasa dan versi meja kopi (coffe table book) yang mewah. Buku ini adalah hasil ilham Yang Berbahagia Dato’ Yusoff Haron, Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional KPM. Perbincangan mengenai program penghasilan buku ini bermula pada bulan Januari 2009 dengan sasaran menghasilkan buku sebelum 1 April 2009.

Satu plan bersepadu dicadangkan oleh syarikat induk AkademiPenulis.Com, Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) dan dibentangkan kepada pihak pengurusan BPTV bagi merealisasikan impian ini. Ia meliputi 3 fasa iaitu :

  • Fasa 1 : Latihan dan pengumpulan bahan
  • Fasa 2 : Penulisan dan pengeluaran draf
  • Fasa 3 : Suntingan dan percetakan

Kesemua ini dirancang dalam program pembangunan 3 bulan. Sekarang dua fasa sudah dijalankan dan bengkel penulisan ini adalah salah satu program di bawah fasa kedua. Alhamdulillah selepas 4 hari 3 malam, pihak pasukan penulisan berjaya menghasilkan draf 1. Satu gerak kerja yang dirancang dengan cukup teliti dengan sokongan penuh BPTV.

zamriikramPasukan penulisan terdiri daripada para pegawai BPTV, pengetua dan guru cemerlang sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Gabungan 32 orang tenaga dengan dibantu oleh dua orang fasilitator berpengalaman yang juga perunding kanan AkademiPenulis.Com menjadikan projek berjaya mencapai tahap ini. En. Zamri Mohamad dan En. Muhammad Ikram Wazir dibawa khas oleh AkademiPenulis.Com dan diketuai oleh perunding utama, En. Fauzul Na’im Ishak.

Draf 1 setebal 300 halaman berjaya dihasilkan dan sudah memasuki fasa pemurnian yang dilakukan oleh para perunding kanan terlibat. Pihak FNSB amat optimis ia akan berjaya mencapai sasarannya. Tahniah kepada para penulis dan doakan kejayaan kita bersama. Terima kasih atas kerjasama semua.

Bengkel Intensif Penulisan Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia 2009

Mar ’09
24
7:00 PM

Pihak AkademiPenulis.Com melalui syarikat induknya Fauzul Na’im Sdn. Bhd. dilantik sebagai perunding latihan penulisan bagi Bengkel Intensif Penulisan Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia 2009. Pihak AkademiPenulis.Com diminta melatih 20 orang penulis dari kalangan pegawai Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Butiran lengkap mengenai bengkel adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 24 hingga 27 Mac 2009
  • Tempat : Janda Baik, Bentong, Pahang

Bengkel Kursus Penulisan Ilmiah Anjuran BPTV, KPM dengan Kerjasama Akademi Penulis Berjaya!

Alhamdulillah pihak kami baru sahaja selesai satu lagi program anjuran Akademi Penulis iaitu Bengkel Kursus Penulisan Buku Ilmiah anjuran Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selama 4 hari 3 malam pihak kami berkampung di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor.

Para peserta yang hadir terdiri daripada 32 orang pegawai terdiri daripada para pegawai BPTV termasuk pengetua dan guru cemerlang sekolah menengah teknik. Ia adalah salah satu bengkel di bawah program khas penghasilan buku BPTV. Bengkel intensif kedua akan diadakan daripada 10 hingga 13 hb. Februari 2009 di Hotel MITC Ancasa, Melaka.

Melihat wajah bersemangat para peserta menjadikan para perunding Akademi Penulis terasa puas dan akan terus bersemangat bagi bersama mereka menyelesaikan projek ini. Di bawah dikongsikan gambar kami sepanjang 4 hari 3 malam di sana.