Laman Web Bengkel Penulis Super Dilancarkan

Alhamdulilah selepas beberapa minggu merancang. Perancangan program, perbincangan modul, penghasilan nota jualan, reka bentuk konsep laman mini, lantikan pereka bentuk laman web, urusan teknikal saluran pembayaran dan tarikh pelancaran yang ditunda dua kali. Akhirnya laman web Bengkel Penulis Super : Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller selamat dilancarkan pada 16 Disember 2009.

Bengkel Penulis Super bakal diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2010. Ia adalah program pertama dengan kerjasama Hotel Vistana Kuala Lumpur yang bertindak sebagai hotel rasmi. Program bengkel penulisan 3 hari 2 malam ini direka bentuk dengan penuh teliti oleh para jurulatih akademi untuk memastikan ia memenuhi keperluan semasa industri perbukuan Malaysia.

Antara muka laman web. Layari www.penulissuper.com

Antara muka laman web. Layari www.penulissuper.com

Setiap modul mengambil kira keperluan pasaran, penerbit dan tentunya keperluan pembaca. Tulis apa yang orang ingin tahu bukan menulis apa yang kita mahu.

Pendaftaran dibuka sekarang. Para penulis ataupun bakal penulis yang berminat boleh terus lawati www.penulissuper.com. Pihak Akademi menyediakan pelbagai saluran pembayaran. Para peserta boleh menggunakan kad kredit, cek, bayaran tunai dan pembayaran menggunakan perbankan online.

Bertindak sekarang. Jadilah sebahagian daripada komuniti ALUMN Akademi Penulis.

Bengkel Penulisan Ilmiah MBKM di Port Dickson Berakhir Dengan Meriah

Bengkel Penulisan Ilmiah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di Avilion Admiral Cove, Port Dickson berakhir dengan suasana penuh meriah. Ini adalah bengkel pertama kolobrasi di antara Akademi Penulis dengan pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Ia adalah hasil daripada beberapa sesi perbincangan sebelum di antara pihak akademi dengan pihak mereka. Akhirnya kata sepakat, bengkel ini direalisasikan sebagai projek pertama kerjasama kedua-dua pihak.

Para peserta bengkel bergambar bersama Pengarah MBKM, En. Abdul Halim Ismail, para urusetia MBKM dan jurulatih, En. Fauzul Na'im Ishak

Para peserta bengkel bergambar bersama Pengarah MBKM, En. Abdul Halim Ismail, para urusetia MBKM dan jurulatih, En. Fauzul Na'im Ishak

Para peserta yang hadir adalah daripada kalangan pegawai kanan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka datang daripada pelbagai bahagian dalam KPM. Bengkel berjalan lancar dengan pelbagai diskusi intelek di antara jurulatih En. Fauzul Na’im Ishak dan para peserta bengkel penulisan kali ini. Soalan-soalan bertubi-tubi daripada para peserta kali ini menjadikan ia suatu bengkel ilmiah penuh meriah. Pihak jurulatih amat puas hati dengan maklum balas yang cukup baik daripada para peserta.

Ucapan perasmian penutup oleh En. Abdul Halim Ismail, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Ucapan perasmian penutup oleh En. Abdul Halim Ismail, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

InsyaAllah di masa hadapan beberapa lagi bengkel kerjasama dengan MBKM akan diadakan. Diharapkan semua peserta yang hadir dapat memanfaatkan segala tunjuk ajar oleh jurulatih Akademi Penulis ini. Terima kasih kepada pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak Akademi Penulis. Jutaan terima kasih kepada En. Abdul Halim Ismail, Pengarah MBKM kerana sudi merasmikan penutupan bengkel. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Puan Adibah Omar dan Cik Shafni atas kerjasama dan sokongan diberikan.

Akademi Penulis Mengendalikan Bengkel di Hujung Benua Asia

Akademi Penulis baru sahaja selesai mengendalikan Bengkel Pemerkasaan Manuskrip di Tanjung Piai, Resort, Pontian Johor. Bengkel ini adalah atas jemputan Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 30 orang peserta dari UTHM berkampung bersama para jurulatih Akademi Penulis untuk memurni dan memperkasakan manuskrip mereka yang sudah siap dan separa siap ditulis.

Bengkel ini adalah kesinambungan kepada satu lagi bengkel yang pernah dianjurkan mereka iaitu bengkel tesis kepada buku. Hasil daripada bengkel tersebut dibawa ke sini untuk diberikan perundingan oleh para jurulatih Akademi Penulis. Jurulatih yang hadir adalah En. Fauzul Na’im Ishak (jurulatih utama), En. Zamri Mohamad (jurulatih kanan) dan En. Ikram Wazir (jurulatih kanan).

 

Para peserta Bengkel Pemerkasaan Manuskrip Penerbit UTHM

Para peserta Bengkel Pemerkasaan Manuskrip Penerbit UTHM

 

Bengkel ini juga turut dihadiri oleh Prof. Dr. Rogayah, Timbalan Naib Canselor Akademi UTHM yang bersama menjadi fasilitator bengkel. Kehadiran beliau amat memberikan inspirasi dan semangat kepada para peserta amnya dan Akademi Penulis khususnya.

 

Prof. Dr. Rogayah (bertudung merah) menyampaikan sijil kepada peserta

Prof. Dr. Rogayah (bertudung merah) menyampaikan sijil kepada peserta

 

Alhamdulillah hasil daripada bengkel 3 hari 2 malam ini, sebanyak 20 proposal buku yang sudah masak perbincangannya dihasilkan. Kesemuanya pada pandangan Akademi Penulis berpotensi untuk diterbitkan. Proposal-proposal ini akan diserahkan oleh pihak Penerbit UTHM kepada pihak JK Penilaian Manuskrip UTHM bagi diluluskan penerbitannya.

Apa yang menarik di sini adalah pihak UTHM menyediakan satu insentif yang belum pernah diberikan oleh mana-mana universiti kepada pensyarah yang menulis. Bagi setiap proposal diluluskan pihak UTHM akan memberikan insentif sebanyak RM5,000 tunai. Ini suatu insentif yang cukup baik bagi memberikan motivasi kepada para pensyarah di sana.

 

Tugu penanda penghujung benua Asia di Taman Negara Tanjung Piai

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai tajuk artikel ini. Ya, Tanjung Piai terletak di dalam peta dunia sebagai penghujung benua Asia. Di sana terdapat Taman Negara yang merupakan hutan paya bakau. Di hujung Taman Negara ini terletak satu monumen yang menandakan bahawa di situlah penghujung benua Asia.

Pihak Akademi Penulis amat berbesar hati diberikan peluang memberikan pandangan kepada manuskrip-manuskrip di bawah penerbitan UTHM. Terima kasih atas jemputan ini.

Bengkel Asas Penulisan Ilmiah Universiti Malaysia Pahang 26 Oktober 2009

Oct ’09
26
8:30 AM

Akademi Penulis dilantik sebagai pengendali Bengkel Asas Penulisan Ilmiah di Universiti Malaysia Pahang berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 26 Oktober 2009
  • Tempat : Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Kuantan
  • Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang

En. Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis akan mengendalikan bengkel ini di sana. Sebarang pertanyaan mengenai bengkel ini boleh rujuk kepada Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan di talian 09-549 2486

Bengkel Pemindahan Hasil Penyelidikan Kepada Penulisan Ilmiah, IAB Bermula

Pasukan Akademi Penulis Sdn. Bhd. kini berada di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Akademi Penulis dilantik sebagai jurulatih Bengkel Pemindahan Hasil Penyelidikan Kepada Penulisan Ilmiah. Ia diadakan daripada 27 hingga 29 April 2009.

Pada kali ini, para pesertanya lebih ramai dan pelbagai. Para peserta dari Institut Perguruan Malaysia seluruh negara dan para pendidik. Ada yang datang dari Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dll. Ini adalah bengkel kedua kerjasama di antara Akademi Penulis dengan Institut Aminuddin Baki. Di bawah disertakan koleksi gambar hari kedua (hari ini)

Hari Kedua Bengkel Penulisan Berita & Rencana IAB

Hari ini adalah hari kedua Bengkel Penulisan Berita & Rencana di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Hari ini sepanjang hari En. Zamri Mohamad memberikan input mengenai kaedah penulisan, teknik membuat dan menulis dalam blog dan mengenal pasaran.

Kehadiran hari bertambah daripada sekadar 13 orang semalam kepada 19 orang hari ini. Harapan Akademi Penulis bengkel ini dapat memberikan impak baik dalam melahirkan lebih ramai penulis di Malaysia. Koleksi gambar hari kedua disertakan di bawah.