Bengkel Penulisan Ilmiah Yayasan Naurah-Pusat Islam UUM 4 & 5 Mei 2011

May ’11
4
8:00 AM

Akademi Penulis Sdn. Bhd diberikan kepercayaan oleh Yayasan Naurah-Pusat Islam Universiti Utara Malaysia bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Ilmiah. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 4 hingga 5 Mei 2011
  • Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Tempat: Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darulaman

Bengkel 2 hari ini akan dikendalikan olehPrincipal Learning Facilitator Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak

Bengkel Penulisan Buku Konsep Tranformasi KPTM 24 hingga 27 Februari 2011

Feb ’11
24
8:30 PM

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Kolej Poly-Tech MARA bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Buku Konsep Pelan Transformasi. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 24 hingga 27 Februari 2011
  • Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Tempat: Akan dimaklumkan kemudian

Bengkel 4 hari 3 malam ini akan dikendalikan oleh Principal Learning Facilitator Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak, Tuan Zamri Mohamad & Tuan Mohd Ikram Wazir

PUBLIC (ADVANCE): Bengkel Penulis Super (Penulisan Ilmiah) 30 Julai hingga 1 Ogos 2010

Jul ’10
30
2:30 PM

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan penganjuran BENGKEL PENULIS SUPER KE 2 pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010. Bengkel yang mendapat sambutan menggalakkan ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis dan Tuan Zamri Mohamad, jurulatih kanan Akademi Penulis. Lebih menarik, bengkel ini diadakan secara awam dengan harga istimewa yang belum pernah diberikan oleh pihak Akademi Penulis sebelum ini.

Yuran program terdahulu adalah RM1,200, namun disebabkan penjimatan yang dibuat disebabkan ia diadakan di Pusat Latihan Akademi Penulis sendiri kami menawarkan yuran bengkel hanya RM950 SAHAJA.

Bengkel ini terhad kepada 24 peserta pertama mendaftar dan membuat pembayaran yuran bengkel. Butiran lanjut mengenai bengkel ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 30 Julai hingga 1 ogos 2010
  • Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Daftar Masuk: 2.30 petang, 30 Julai 2010
  • Tamat Bengkel: 5.30 petang, 1 Ogos 2010
  • Pelaburan: RM950* sahaja (harga asal RM1,200)
  • Tempat: Pusat Latihan Akademi Penulis

*Termasuk makan, minum, sijil, modul pengajaran dan 5 BONUS ISTIMEWA daripada Fauzul Na’im Sdn. Bhd.

Kepada yang berminat, sila hubungi 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Maklumat lanjut sila lawati www.penulissuper.com (KLIK SINI)

Bengkel Penulisan Ilmiah di CIAST Shah Alam dan Bengkel Penulisan Buletin di Port Dickson Berlangsung Serentak

Hari ini bermula 2 bengkel anjuran Akademi Penulis iaitu Bengkel Penulisan Ilmiah anjuran Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) yang berlangsung di Shah Alam dan Bengkel Penulisan Buletin anjuran CIDB di Port Dickson. Kedua-duanya berlangsung secara serentak di dua tempat berbeza.

Bengkel yang berlangsung di Shah Alam dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FN, Puan Nurulhilyati Abdul Halim. Manakala bengkel di Port Dickson dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad, jurulatih kanan Akademi Penulis dengan diiringi saudara Abdul Qahhar Mohd Noor, Timbalan Pengurus Akademi Penulis.

Para peserta Bengkel Penulisan Ilmiah CIAST tengah khusyuk menulis 5 Langkah Penemuan Dalam Diri

Penganjuran serentak di dua organisasi kerajaan berbeza ini pada pandangan Akademi Penulis sebagai suatu kejayaan yang membanggakan dan menggambarkan Akademi Penulis sudah dipercayai sebagai antara penyedia program latihan penulisan terbaik di negara ini. Alhamdulillah. Kedua-dua bengkel ini diadakan daripada 1 hingga 3 Jun 2010. Selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan ini.

Bengkel Penulisan Ilmiah CIAST Shah Alam 1 hingga 3 Jun 2010

Jun ’10
1
8:30 AM

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Ilmiah. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 1 hingga 3 Jun 2010
  • Masa: 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat: CIAST, Shah Alam

Bengkel 3 hari ini akan dikendalikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak. Maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh diperoleh melalui CIAST.

Bengkel Penulisan Politeknik Johor Bahru Berjaya Dengan Cemerlang

Akademi Penulis berjaya menganjurkan Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah dengan kerjasama Politeknik Johor Bahru pada 6 Mac 2010. Ia dihadiri oleh 32 orang peserta daripada kalangan para pensyarah Politeknik Johor Bahru. Bengkel sehari ini dikendalikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak.

Para peserta Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah Politeknik Johor Bahru bersama Tuan Fauzul