Akademi Penulis dijemput untuk mengendalikan Bengkel Penulisan Berita & Rencana anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di Ancasa Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel selama 3 hari 2 malam daripada 1 hingga 3 Jun 2010 ini dikendalikan oleh jurulatih kanan Akademi Penulis, Tuan Zamri Mohamad. Pihak Akademi Penulis mendapat banyak maklum balas positif terhadap bengkel ini. Ia disertai oleh para pegawai kanan CIDB.
Di bawah ini disenaraikan pandangan para peserta bengkel ini
Amat bertepatan dengan kehendak dan minat saya. Sebagai ahli Persatuan Penterjemah Malaysia, saya sendiri tidak bijak menggunakan peluang yang ada untuk menulis. Saya harap akan terus berhubung dengan pihak APSB untuk mencari peluang menjadi penulis di satu hari nanti. Terima kasih. Wasslam.
-Habsah Othman, Pengurus (Jurukur Bahan), Unit Levi, Bhg. Kewangan, CIDB
Sangat baik kerana ia dapat memberi pendedahan tentang kaedah menghasilkan penulisan yang baik dan kreatif di samping cara mendapatkan maklumat melalui google.
-Surani Yusof, Pengurus, CIDB
Amat Berjaya. Dapat dilaksanakan dengan baik walau masa yang terhad. Solute untuk Encik Zamri, penceramah.
-Shaikh Abd Rahim, Penolong Pengurus Kanan, CIDB
Teratur dan baik kerana ianya dapat membantu saya untuk menjadi penulis yang lebih kreatif di masa hadapan. Insya Allah, segala ilmu akan saya aplikasikan di dalam kerjaya saya di CIDB. Thanks a lot.
-Norzaidi Nordin, Pengurus, Korporat CIDB Malaysia
Sangat berguna kepada semua peserta walaupun tiada hasrat untuk menjadi penulis tetapi ia membantu untuk menghasilkan rencana yang menarik dan berkualiti.
-Siti Rahayu Yaakub, Pengurus, CIDB Malaysia
Membuka mata dan minda saya terhadap bidang penulisan. Penulisan salah satu cabang minat saya suatu masa dahulu, tetapi kurang yakin dan tidak dapat menyusun idea dengan teratur menyebabkan minat saya beku dan menganggap saya tidak berbakat.
-Enerda Omar, Pengurus Sektor Bisnes, CIDB



