Tulis, Tangkap dan Tulis di Bengkel Penulisan Buletin & Fotografi MAIWP

Bengkel Penulisan Buletin & Fotografi anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah inovasi baru dalam pengendalian bengkel-bengkel penulisan anjuran Akademi Penulis. Pada bengkel kali ini Akademi Penulis menggunakan pendekatan TULIS, TANGKAP & TULIS kepada para pesertanya. Bengkel 3 hari ini dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Azree Hanifah, dua orang jurulatih kanan di Akademi Penulis.

2 elemen digabungkan dalam bengkel kali ini. Elemen penulisan buletin berkualiti dan berpengaruh disampaikan oleh Tuan Zamri Mohamad. Pelbagai teknik diperkenalkan, daripada mengkonsepkan penulisan, 6 topi berfikir hingga kepada bagaimana mengirimkan penulisan kepada akhbar dan majalah diterangkan. Elemen kedua adalah elemen fotografi yang dikendalikan oleh Tuan Azree Hanifah. Para peserta dibawa keluar daripada hotel dengan membawa kamera masing-masing. Ia tidak mengira sama ada mempunyai kamera berkuasa tinggi (SLR), kamera kompak ataupun kamera telefon bimbit. Semua memburu subjek untuk sesi fotografi mereka. Kemudian setiap gambar diambil dikomen oleh jurulatih. Di samping itu diajarkan juga kaedah menyunting gambar menggunakan  Adobe Photoshop.

Ini adalah inovasi terbaru Akademi Penulis. Kepada mana-mana organisasi berminat untuk menganjurkan bengkel serupa di organisasi Tuan Puan, boleh langsung hubungi 0341492560 ataupun emelkan ke latihan@akademipenulis.com.

120 Orang Bakal Penulis Dilahirkan Melalui Mega Seminar Jana Wang Dengan Menulis

Oleh Nur Atiqah Abdul Rahman

SABTU, 19 Februari 2011 – Seramai 120 penulis diberi pendedahan dan laporan terkini perkembangan  dunia buku tempatan. Inilah kali pertama Akademi Penulis menghimpunkan para penulis seluruh negara di satu tempat di Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis. Turut memberikan input di Mega Seminar yang diadakan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya ini adalah pengasas Akademi Penulis, Tuan Fauzul Naim Ishak yang memperkenalkan ciri-ciri penulis bestseller dengan kaedah Re-Code Penulis Super.  Tuan Fauzul Na’im Ishak juga merupakan pengendali utama Bengkel Penulis Super (www.penulissuper.com) yang sudah melahirkan lebih daripada 1000 orang penulis tempatan sejak tahun 2009.

Tuan Fauzul mendedahkan buat pertama kali bagaimana para penulis menduduki tangga jualan tertinggi berdasarkan rahsia kerja mereka. Corak dan budaya kerja mereka yang selama ini dianggap rahsia dan misteri dibongkarkan dan mengejutkan para peserta. Malah ia dilihat praktikal dan dapat dilakukan meskipun baru pertama kali dalam dunia penulisan. Ia bersesuaian dengan formula merancang kejayaan buku.

Ini bertentangan dengan kepercayaan orang ramai sebelum ini yang percaya pentingnya menulis tanpa memikirkan merancang kejayaan buku terlebih dahulu.

Penulis prolifik yang menghasilkan 21 buah, Tuan Zamri Mohamad pula membentangkan mengenai cara menjana idea dan kreativiti penulisan. Antara yang disampaikan dan kesimpulan daripada program yang mendapat sambutan luar biasa ini ialah:

  • Seni membina hubungan dengan penulis baru. Menggunakan seni kad dan hubung.
  • Teknik menentukan sama ada berbaloi menulis buku berdasarkan judul yang dipilih atau tidak. Berdasarkan kaedah kreativiti penyelesaian masalah.
  • Memilih pendorong yang dapat memberi booster kepada penghasilan karya seperti mana pendorong Stephen King, Christopher Paulini, Dan Brown, Dr Jeniri Amir dan Dr Zubaidi.
  • Teknik merekodkan idea secara cepat dan dimasukkan dalam bank idea.
  • Teknik bekerja secara pengarang bersama berdasarkan projek buku.
  • Pengurusan masa berdasarkan jenis buku yang ditulis. Didedahkan bagaimana ada buku setebal 300 halaman siap ditulis dalam tempoh sepuluh hari.

Dalam sesi yang ditunggu-tunggu ramai, novelis nombor satu Malaysia, Puan Ain Maisarah bersama Tuan Syaizul Amal menekankan pentingnya penguasaan ‘rancangan perniagaan’ bagi membina kerjaya penulisan. Mereka juga mengetengahkan bagaimana menggerakkan pelan lima tahun bagi menjana pendapatan RM 1 juta melalui penulisan.

Para peserta mengabadikan kenangan bersama para ahli panel

Apa Pandangan Peserta Yang Hadir?

Mega Seminar Jana Wang Dengan Menulis ini mempunyai input yang banyak dalam masa singkat. Ia merungkaikan persoalan kritikal seorang bakal penulis iaitu ‘bagaimana mahu memulakan penulisan’. Saya yakin dan percaya selepas kursus pendek ini lebih ramai penulis baru dilahirkan. Ia juga memberikan gambara pada audiens berkenaan potensi diri yang perlu ada sebagai seorang penulis. Pendedahan menarik mengenai bagaimana merancang pendapatan lumayan daripada penulisan dalam jangka masa 3 ke 5 tahun.
-Siti Hawa Che Tak
Eksekutif Pengiklanan

Kursus pendek yang sangat memberikan manafaat. Ia membuka ruang dan mencipta peluang dalam dunia penulisan. Kursus yang meransang emosi dan minda untuk terlibat secara langsung dengan penulisan. Alhamdulillah, terima kasih atas pelaksanaan seminar ini. Tahniah dan syabas buat penganjur.
-Md Yazit Hashim
Penolong Juruaudit, Akademi Audit Negara

Menarik dan sangat menyeronokkan. Pengisian daripada ahli-ahli panel juga sangat berguna lebih-lebih lagi buat saya yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Peruntukan slot setiap panel terasa pendek walhal begitu banyak input yang saya peroleh daripada mega seminar ini.
-Nur Zahidah Binti Mohammad
Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Seminar yang bagus dalam perkongsian ilmu dunia penulisan dengan orang ramai. Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini
-Nur Solehati Binti Aziz
Pengurus Pentadbiran Erad Best Sdn. Bhd.

Program yang bermanfaat sebagai pembuka jalan awal untuk menjadi seorang penulis. Ia memberikan pendedahan berkenaan proses penghasilan buku secara umum tetapi berkesan. Ia menyuntik semangat untuk penulis merebut peluang menjadi penulis.
-Tuan Hashim Mat
Pesara

Program yang baik untuk menyuntik semangat untuk menulis dan menulis dan terus menulis
-Puan Suhaili Ikhsan
Professional Learning Facilitator (Early Childhood), Dimensi Technology Sdn. Bhd.

Baik, Tahniah kepada penganjur kerana menganjurkan program sebegini. Penganjur mengingatkan peserta berkenaan solat Dhuha, syabas! Semoga Allah SWT merahmati usaha mulia kepada semua semua yang terlibat.
-Norasikin Muhammad
Guru SMK Datok Lokman

Program akan datang anjuran Akademi Penulis dan FN Education Group adalah seperti berikut:
•    Bengkel Penulis Super pada 18 sehingga 20 Mac 2011 (www.penulissuper.com)
•    Bengkel Penulisan Berita dan Rencana pada 11 sehingga 13 Mac 2011 (www.penulisanberitarencana.com)
•    Bengkel Penulisan Novel pada 26 dan 27 Mac 2011 (www.penulisannovel.com)
•    Bengkel  Kemahiran Komunikasi Efektif dan Berpengaruh pada 5 dan 6 Mac 2011 (www.komunikasiefektif.com)

Bengkel Penulisan Buku Konsep Tranformasi KPTM 24 hingga 27 Februari 2011

Feb ’11
24
8:30 PM

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Kolej Poly-Tech MARA bagi mengendalikan Bengkel Penulisan Buku Konsep Pelan Transformasi. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 24 hingga 27 Februari 2011
  • Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Tempat: Akan dimaklumkan kemudian

Bengkel 4 hari 3 malam ini akan dikendalikan oleh Principal Learning Facilitator Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak, Tuan Zamri Mohamad & Tuan Mohd Ikram Wazir

Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis 27 November 2010

Nov ’10
27
9:00 AM

Akademi Penulis akan menganjurkan Mini Seminar Jana Wang Dengan Menulis kali kedua. Program ini akan mendedahkan 3 modul asas dunia penulisan buku. Ia akan dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis.

Bengkel ini terhad kepada50 peserta pertama mendaftar dan membuat pembayaran yuran bengkel. Butiran lanjut mengenai bengkel ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 27 November 2010
  • Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
  • Pelaburan: RM100 Sahaja, hanya RM80 sahaja bagi yang mendaftar sebelum 15 November 2010
  • Tempat: BilikTraining.Com, 9-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati Kuala Lumpur

Kepada yang berminat, sila hubungi 0175360580 ataupun 0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Maklumat lanjut sila lawati MINI SEMINAR JANA WANG DENGAN MENULIS


Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku UTHM Hari 1 & 2

Akademi Penulis berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia selama 4 hari (10 hingga 13 Mei 2010) bagi mengendalikan Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel ini adalah dianjurkan oleh Pejabat Penerbit UTHM. Alhamdulillah pihak Akademi Penulis sudah kali ketiga dijemput oleh mereka bagi mengendalikan bengkel sebegini. Sebelum ini pihak Akademi Penulis dijemput mengendalikan Bengkel Penulisan Ilmiah yang diadakan di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor (2009) dan Bengkel Pemerkasaan Manuskrip di Tanjung Piai,Pontian, Johor (2009).

Tuan Fauzul Memulakan Sesi Ceramah Beliau

Pada kali ini Akademi Penulis diwakili oleh jurulatih kanan Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak dengan diiringi Timbalan Pengurus Akademi Penulis, Saudara Qahhar Mohd Noor. Bengkel ini disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan akademik. Hasrat utama pihak Penerbi UTHM untuk memberikan pendedahan kepada mereka ini berkenaan dunia sebenar penerbitan dan penulisan buku di Malaysia. Di samping itu juga, bengkel ini adalah ruang mencungkil bakat penulisan daripada kakitangan bagi menyumbang kepada penerbitan buku di Penerbit UTHM.

Para peserta memperkenalkan diri

Hari pertama berlangsung dengan lancar. Tuan Fauzul memulakan dengan memberi penerangan mengenai asam garam dunia penerbitan buku. Mitos-mitosnya, sebab-sebab seorang pengarang tidak berkarya, tip-tip penulis bestseller dan akhir sekali mengenai hak cipta.

Peserta, Tuan Zulfadhli membentangkan 'Penemuan Dalam Diri' beliau

Hari kedua bermula dengan sesi penerangan mengenai anatomi buku. Kemudian para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk menulis proposal penulisan kumpulan. Pada sesi petangnya, semua kumpulan perlu membentangkan proposal penulisan buku mereka dan dikomen oleh para peserta lain bersama dengan jurulatih. Seterusnya mereka diminta untuk menulis proposal buku mereka sendiri dan menghantarkannya kepada pihak jurulatih untuk tujuan penilaian.

Perbincangan dalam kumpulan

Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 10 hingga 13 Mei 2010

May ’10
10
8:30 AM

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi mengendalikan Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 10 hingga 13 Mei 2010
  • Masa: 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat: Kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor

Bengkel 4 hari ini akan dikendalikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak. Maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh diperoleh melalui Pejabat Penerbit UTHM.