Akademi Penulis mewujudkan satu ruangan khas untuk para ALUMNI Akademi Penulis di Facebook. Ruangan ini hanya dikongsikan dengan para peserta yang pernah menghadiri mana-mana bengkel anjuran Akademi Penulis bermula tahun 2009 hingga sekarang.
Ruangan ini diwujudkan bagi memudahkan interaksi dua hala di antara para ALUMNI dengan para jurulatih. Di samping itu ia menjadi ruangan makluman berita terkini Akademi Penulis dan jadual klinik penulisan yang diadakan oleh pihak akademi.
Pihak Akademi Penulis menjemput para peserta melalui email. Bagi mana-mana peserta lalu yang masih belum mendapat sebarang jemputan memohon melakukan 2 langkah:
- Wujudkan akaun facebook individu
- Maklumkan kepada pihak kami email yang digunakan untuk akaun facebook tersebut
Pohon berikan maklumat melalui ruangan diskusi di bawah ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com dengan Perkara: SAYA ALUMNI AKADEMI PENULIS
Terima kasih.





