Adakah Perlu Cari Pengalaman Dahulu Baru Boleh Menulis?
February 12, 2007 Oleh Fauzul Naim Ishak
Filed under Motivasi
Soalan di atas selalu ditanya dalam setiap siri bengkel atau ceramah penulisan yang saya kendalikan. Kebanyakan mempunyai tanggapan bahawa penulisan hanya orang berpengalaman sahaja.
Sebelum pergi jauh biar kita lihat apakah sebenarnya definisi pengalaman? Apabila ditanya soalan ini ramai yang memberikan definisi mengikut pandangan masing-masing. Saya punya definisi mudah sahaja. BUAT DAHULU BARU TAHU! Itu definisi yang saya pegang dan sampaikan kepada semua peserta bengkel saya.
Analogi saya mudah sahaja. Kita ambil topik berenang. Ramai orang tahu apa itu kuak lentang, kuak dada, kuak kupu-kupu, kuak katak dan sebagainya. Apabila disuruh tunjuk caranya atas darat. Ramai yang boleh menunjukkan caranya. Secara teorinya, ramai yang mengetahui teknik-teknik tersebut. Adakah itu yang dikatakan sebagai pengalaman? Adakah dengan pengetahuan teori-teori yang saya katakan di atas membolehkan anda semua berenang? Jawapannya tentu tidak.
Caranya adalah masuk dahulu ke dalam air, kemudian cuba, lihat kedalaman dan sebagainya. Kemudian baru tahu apa itu berenang. Kalau hanya sekadar tahu teori dan terjun ke dalam sungai, yakin dan percayalah 99.99 peratus orang akan lemas. Jadi begitu juga dengan menulis. Apabila hendak menulis, cuba dahulu baru tahu apa itu menulis. Itu baru pengalaman. Bilakah anda ingin mulakan pengalaman anda?
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengasas/Mentor Utama
AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan
fauzul@bookpro.my
Terkini Dari Setiap Kategori
- Aktiviti/Pengumuman: Bengkel Intensif Teknik Menulis C2M pada 21 hingga 22 Februari 2009 - September 6th, 2008
- Dari Pejabat Akademi: JomTraining Sebagai Tempat Bengkel Intensif - September 6th, 2008
- Jadi Bestseller: Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa - May 13th, 2008
- Motivasi: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Soal Jawab Penulisan: Jawapan Kepada Abdul Malek : Adakah Tesis Ph.D. ataupun Master Boleh Diterbitkan - September 7th, 2008
- Teknik: Memberi Makna Kepada Penulisan - January 18th, 2008
- Utama: Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Motivasi
- Temu Ramah Eksklusif Bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof - August 22nd, 2008
- Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Dari Pulangan ASB - July 5th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 2 - May 15th, 2008
- [VIDEO] En. Fauzul Naim di USIM Dalam Ceramah Cinta, Lain Dahulu Lain Sekarang Episod 1 - May 15th, 2008
- Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan? - February 14th, 2008












Saya ingin hantar cerita kanak-kanak kepada penerbit Akademi Penulis Karya Bestseller .Bagaimana caranya .Bolehkah tuan nyatakan segala peraturan,panduan dan maklumat-maklumat yang releven.
Bolehkah karya-karya tersebut diterbitkan nanti?
Tuan,
Akademi ini tidak menerbitkan buku. Yang menerbit buku melalui akademi ini adalah Kumpulan PTS. Walaubagaimanapun pihak Tuan saya sarankan hantar manuskrip tersebut ke ptsone@pts.com.my. Terima kasih