Sekarang sedang berlangsung Bengkel Praktikal Penulis Bestseller di Wisma DPI-Invergold. Ini adalah bengkel kedua dalam masa dua minggu, dua kali sabtu ahad berturut-turut. Minggu lepas di adakan pada 18 & 19 Julai dan kali ini 25 & 26 Julai 2009.
Pada kali ini, seramai 18 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Ada kaunselor, pegawai kanan GLC, pengarah pusat IPTA, guru, pensyarah dan ada pesara. Kebanyakannya datang dengan penuh semangat membara bagi menjadikan penulisan sebagai salah satu kerjaya dan kaedah menyalurkan perjuangan.
Bengkel hari ini meliputi sesi motivasi penulisan, pelan operasi penulisan dan petangnya KJ Metode : Teknik Menulis untuk Orang Sibuk. Bersama ini disertakan koleksi gambar sehari bengkel buat tatapan umum. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bengkel-bengkel anjuran kami boleh hubungi saudara Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com.

