Bengkel Rekaan Grafik Buku & Penerbitan Ilmiah (Perekaan Penerbitan) di IAB Bermula

Akademi Penulis Sdn. Bhd. dilantik sebagai perunding dan pengendali Bengkel Rekaan Grafik Buku & Penerbitan Ilmiah (Perekaan Penerbitan) di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Bentong Pahang. Pasukan Akademi Penulis diketuai Puan Nurulhilyati, Pengarah Eksekutif Akademi Penulis dengan diiringi oleh saudara Abdul Qahhar Mohd Noor, Eksekutif Pemasaran (Latihan).

Bengkel hari pertama yang meliputi dua modul dikendalikan oleh jurulatih Akademi Penulis saudara Mohd Ikram Wazir yang juga Pemangku Pengurus PTS Millennia Sdn. Bhd. Kehadiran hari pertama hanya sekitar 12 orang sahaja kerana masih ada peserta yang masih dalam perjalanan.

Bengkel ini adalah bengkel 3 hari. Ia berakhir pada hari 1 Julai 2009.

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller Diadakan 2 Minggu Berturut-turut, 18 & 19 Julai 2009 dan 25 & 26 Julai 2009

Atas permintaan yang amat menggalakkan, pihak Akademi Penulis membuat keputusan mengadakan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2, 2 minggu berturut-turut. Pada asalnya bengkel ini dihadkan kepada 20 orang sahaja dan diadakan hanya pada 18 & 19 Julai 2009 sahaja. Namun begitu hingga ke hari ini sudah ada 32 orang mendaftar diri.

Sehubungan itu pihak Akademi Penulis mengumumkan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 18 & 19 Julai 2009 (Sudah penuh) dan 25 & 26 Julai 2009 (Kekosongan 8 tempat lagi)
  • Masa : 8.30 hingga 5.30 petang
  • Tempat : Wisma DPI-Invergold

Hanya tinggal 8 tempat sahaja lagi. Sesiapa berminat boleh hubungi terus kepada saudara Qahhar di talian (+6)0136288614 ataupun hubungi pejabat urusan Akademi Penulis di (+)0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Siapa cepat dia dapat.

Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 Berjaya Dengan Cemerlang

Alhamduillah, pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. berjaya menganjurkan Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 dengan jayanya. Seminar 1 hari yang diadakan di Hotel Vistana Kuala Lumpur dihadiri oleh 50 orang peserta yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Ada dari Sabah, Melaka, Johor, Terengganu dan lain-lain negeri. Kesemuanya bersemangat untuk menimba ilmu bagi menjadi seorang pengarang yang mempunyai ilmu kepengarangan.

Kehadiran seminar ini adalah yang terbesar dalam sejarah penganjurannya. Hingga hari penutup pendaftaran, permintaan untuk menjadi peserta masih diperoleh. Namun begitu disebabkan oleh ruang yang terhad dan untuk kelancarang pengendalian program pihak Akademi Penulis terpaksa menghadkan peserta kepada 50 orang sahaja.

Semua peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2

Semua peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2

Masih ramai yang memohon agar seminar ini diteruskan di masa akan datang. Namun begitu pihak Akademi sudah mengambil keputusan ini adalah yang terakhir atas perancangan strategik Akademi. Namun begitu masih ada ruang perbelajaran yang lain bakal dirancang oleh Akademi Penulis. InsyaAllah pihak Akademi bakal mengumumkannya dalam masa terdekat.

Tahniah kepada tenaga penggerak latihan Akademi Penulis yang berusaha bertungkus lumus menjayakan program ini. Kepada para peserta, terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada program anjuran kami. Semoga segala input diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi titik tolak kepada penghasilan buku berkualiti dalam pasaran.

Kami kongsikan memori sepanjang Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 di sini. Kepada para peserta berdaftar, kita jumpa di Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 akan datang.

Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 Diadakan Di Bilik Sitiawan, Tingkat 3, Hotel Vistana Kuala Lumpur

Besok adalah hari Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2. Alhamdulillah sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Walaupun sudah tutup tetapi tetap ada peserta yang memohon untuk menyertainya. Di atas permintaan yang tinggi pihak Akademi Penulis membuka hingga 50 orang peserta, ini pun tidak mencukupi kerana masih ada yang memohon untuk menyertainya.

Pihak Akademi Penulis dalam proses perbincangan semula untuk mengadakannya semula di akan datang atas permintaan yang amat menggalakkan. InsyaAllah kita sama-sama doakan.

hvistanaseminar

Suasana tepi kolam menyegarkan minda para peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2

Buat peserta yang menyertainya. Butiran mengenai tempat adalah seperti berikut :

  • Tempat : Hotel Vistana Kuala Lumpur
  • Bilik : Bilik Sitiawan, Tingkat 3, bersebelahan dengan kolam renang dan surau.

Peta untuk ke Hotel Vistana di sertakan di bawah :


View Seminar Jana Wang Dengan Menulis in a larger map

Penyertaan Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 Paling Ramai

Alhamdulillah, Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 yang akan diadakan pada 20 Jun 2009 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Penyertaan sudah ditutup pada hari Ahad 14 Jun 2009 jam 12 tengah malam. Namun begitu panggilan telefon individu dan organisasi yang ingin menjadi peserta ke pejabat Akademi Penulis masih bertalu-talu hingga hari ini. Penyertaan sehingga jam 6 petang tadi adalah 47 orang peserta dan pihak kami sudah muktamad tidak menerima sebarang penyertaan lain lagi selepas ini.

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller juga mendapat sambutan menggalakkan. Pihak Akademi Penulis meletakkan sasaran hanya 20 orang peserta kerana tempat bengkel terhad. Namun begitu permintaan amat menggalakkan hingga ketika ini sudah ada 28 orang peserta yang mendaftar diri. Kami sudah menutup pendaftarannya hingga jam 6 petang tadi.

Mungkin ada yang bertanya mungkinkah program di atas ini akan diteruskan di masa hadapan? InsyaAllah kita hanya mampu merancang hanya Allah sahaja penentunya. Sehingga sekarang pihak pengurusan sudah bersetuju untuk menamatkannya. Namun begitu apapun boleh berlaku di masa hadapan.

Laman Web Seminar Jana Wang Dengan Menulis Ditutup Dengan Rasminya Jam 12 Malam 14 Jun 2009

Seminar Jana Wang Dengan Menulis adalah seminar awam pertama dianjurkan oleh Akademi Penulis Sdn. Bhd. Ia diperkenalkan buat pertama kali pada 17 Januari 2009 di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Bilangan pesertanya adalah seramai 35 orang. Sambutan yang menggalakkan ini membawa kepada penganjurannya yang kedua iaitu pada 20 Jun 2009. Hingga pada saat ini (14 Jun 2009 jam 11.22 malam) seramai 42 orang peserta sudah mendaftar diri untuk seminar dan tambahan 23 orang mendaftarkan diri bagi Bengkel Praktikal Penulis Bestseller yang diadakan pada 18 & 19 Julai 2009. Suatu pencapaian yang amat membanggakan ahli pasukan Akademi Penulis.

Laman Jana Wang Dengan Menulis Dalam Kenangan

Laman Jana Wang Dengan Menulis Dalam Kenangan

Namun begitu, apa yang bermula pasti berakhir. Apa yang wujud pasti akan hilang. Pihak Akademi Penulis dengan berat hatinya mengumumkan bahawa Seminar Jana Wang Dengan Menulis ditutup pendaftarannya dengan rasmi tepat jam 12 malam ini (14 Jun 2009). Bersempena dengan itu juga, laman web Seminar Jana Wang Dengan Menulis di http://www.janawangdenganmenulis.com juga ditutup.

Penutupan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang sudah dibincangkan secara mendalam oleh ahli pasukan Akademi Penulis. Bukan kerana tidak ada sambutan malahan amat menggalakkan, tetapi ada beberapa perkara lain yang sudah dirancang di masa hadapan. Semoga para peserta yang sudah menghadiri dan bakal menghadiri Seminar Jana Wang Dengan Menulis dapat memanfaatkan segala input diberikan oleh pihak para pakar perunding Akademi Penulis.

Mungkinkah akan diadakan semula? Kita tunggu dan lihat.