Jawapan Kepada Abdul Malek : Adakah Tesis Ph.D. ataupun Master Boleh Diterbitkan

September 7, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Corat Coret

Saya tertarikh hendak berkongsi beberapa maklumat mengenai penerbitan buku berasaskan tesis. Ada soalan di chat box bertanyakan sama ada tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan dan sudah diterbitkan.

Jawapannya YA dan TIDAK.

YA tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan. Ia adalah khazanah ilmu yang cukup berharga. Hasil kajian bertahun-tahun dari para pakar ini seharusnya diterbitkan bagi manfaat umum.

TIDAK boleh diterbitkan dalam keadaan asal. Ia harus diolah semula dalam bentuk baru, bentuk yang lebih memberikan manfaat kepada semua. Dalam tesis, bab pertama yang berkaitan metodologi dan teorinya itu tidak memberikan makna kepada para pembaca. Bab-bab lain itu diambil dan diolah semula dalam bentuk yang lebih mesra pembaca.

Bagaimana? Isi utama diambil dari setiap tesis dan diterjemahkan ke dalam bahasa orang awam. Segala terma saintifik yang canggih dan sukar difahami dipermudahkan bagi pemahaman umum.

Saya melihat dan berjumpa dengan banyak tesis di barat yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku dengan olahan baru. Ada di antaranya sudah menjadi bestseller di sana. Saya yakin dan percaya hasil kajian orang Malaysia setaraf dengan mereka. Malahan ada yang lebih dari itu. Berjumpa dengan penerbit ataupun hadiri bengkel-bengkel penulisan yang ada bagi mengetahui lanjut mengenai perkara ini.

InsyaAllah ada program pembangunan penulis yang bakal dilancarkan dalam oktober 2008. Ia pasti memberikan input terbaik buat Tuan Puan semua. Nantikan kehadirannya dan sentiasalah melawati laman ini bagi maklumat terbaru.

JomTraining Sebagai Tempat Bengkel Intensif

September 6, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Dari Pejabat Akademi

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller diadakan dari 21 hingga 22 Februari 2008 di Wisma DPI-Invergold. Ia diadakan di dewan milik JomTraining.Com. Bengkel intensif berkomputer ini dihadkan kepada 20 orang peserta sahaja. Para peserta dari Seminar Jana Wang Dengan Menulis diberikan keutamaan menyertainya.

Mengapakah dewan JomTraining dipilih? Pada pandangan pihak Akademi Penulis, ruang JomTraining mempunyai peralatan kursus paling lengkap. Ia mempunyai ruang rehat, ruangan makan berpusat, peralatan komputer, LCD projector, papan putih, slaid dan apa saja yang diperlukan oleh seorang jurulatih bengkel.

Akses ke sana boleh melalui Jalan Lingkaran Tengah Kedua (MRR2) dari Ulu Kelang ke Klang. Juga boleh ke sana dengan menaiki LRT Star dan berhenti di stesen Salak Selatan. Dari sana ke tempat program perlu berjalan kaki dalam 10 minit sahaja.

Pihak penganjur akan mengadakan pengangkutan bagi para peserta tepat jam 8.00 pagi di stesen itu.

Lagi membanggakan tempat program ini milik seorang usahawan bumiputera. Tahniah kepada beliau di atas mewujudkan ruang terbaik untuk bengkel ini.

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller pada 21 hingga 22 Februari 2009

September 6, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Aktiviti/Pengumuman

February 21, 2009 9:00 amtoFebruary 22, 2009 5:30 pm

Pihak Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 21(Sabtu) hingga 22 Februari 2009 (Ahad)
  • Masa : 9 hingga 5.30 petang
  • Tempat : Wisma DPI-Invergold, 34-4, Jalan 3/146, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

Bengkel ini akan diadakan secara berkomputer, ia terhad kepada 20 orang peserta. Para peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis diberikan prioriti bagi menghadiri bengkel ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh menghubungi kami di latihan@bookpro.my atau talian Hotline 1 700 80 2776.

Peta ke tapak program boleh dilihat di bawah

Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh lawati www.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)

Sasaran Pelancaran 1 Oktober 2008 Berjalan Lancar

September 6, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Dari Pejabat Akademi

Hari ini adalah hari kelima kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Terasa sekejap sahaja ia berlalu. Dalam tempoh 25 hari dari sekarang kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kita di Akademi Penulis lebih berdebar. Mengapa? Tarikh 1 Oktober 2008, tarikh yang dipilih bagi melancarkan Akademi Penulis semakin dekat. Selari dengan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tarikh pelancarannya.

Gerak kerja ke arah sasaran tersebut giat dilakukan. Laman web ini juga giat dibangunkan oleh para pembangun laman web Akademi Penulis. Terasa berdebar juga di hati apabila mengenangkan laman ini bakal menjadi antara laman pertama di Malaysia melancarkan program pembangunan penulis yang menyeluruh dan holistik.

Ramai yang bertanya mengapakah ia diwujudkan. Dunia penulisan dan penerbitan buku di Malaysia berkembang dengan amat baik. Dari hari ke hari muncul lebih banyak judul buku baru dan bertumbuhnya penerbit baru. Namun begitu dalam keadaan ia semakin mewangi, generasi penulis baru masih di peringkat mendatar. Kewujudan Akademi Penulis adalah bagi memangkinkan penjanaan tenaga penulis baru yang dapat memenuhi kehendak pembaca masa kini.

Program pembangunan penulis di Akademi Penulis ini direka mengikut fasa demi fasa bersesuaian dengan keperluan semasa. Ia dibahagikan mengikut fasa permulaan, fasa pertengahan dan fasa tinggi. Setiap fasa inputnya berbeza dan pendekatannya berbeza.

InsyaAllah dengan usaha ini, ia memungkinkan lebih banyak buku berkualiti terhasil dalam pasaran. Bukan sekadar buku, artikel, skrip, novel dan sebagainya bakal dijana dari program ini. Nantikan kemunculannya.