[VIDEO] Saya Di Rancangan Keluarga di 9, Saluran TV9 bersama dengan Dato’ Pahamin Rejab

April 29, 2008

Alhamdulillah semalam saya diberikan peluang oleh saluran TV9, Media Prima Berhad untuk muncul di rancangan Keluarga Di 9. Rancangan bual bicara bersama Farrah Adeeba ini membincangkan mengenai Adat Perkahwinan Melayu.

Perbincangan yang cukup menguji minda dalam mengupas keadaan semasa perkahwinan berbanding amalan turun temurun. Saya tidak mahu mengulas banyak mengenai apa yang saya perkatakan di dalam rancangan tersebut kerana semua boleh mengikutinya di ruangan YouTube http://www.youtube.com/tvmq (Klik di sini) ataupun di laman web rasmi saya di www.fauzulnaim.com (Klik di sini).

Apa yang menarik semalam adalah saya bertemu dengan seorang tokoh usahawan Malaysia, Dato’ Pahamin Rejab Pengerusi AirAsia Berhad. Banyak perkara yang kami bincangkan daripada saat pertama beliau bersama rakan-rakan beliau termasuk Dato’ Tony Fernandez ingin menubuhkan Air Asia hinggalah sekarang.

Pada pandangan saya mereka ini adalah usahawan generasi baru yang berani mengambil risiko tinggi dalam membuat keputusan. Mereka terpaksa menggadai kereta, rumah dan pelbagai bagi memastikan cita-cita mereka berjaya. Satu peristiwa yang saya angkat tabik. Memang hebat.

Read more

En. Fauzul Naim di Rancangan Keluarga di 9, Saluran Media Prima TV9, 28 April 2008(Isnin) Jam 1 Petang

April 27, 2008

April 28, 2008
1:00 pmto2:00 pm

En. Fauzul Na’im Ishak bersiaran secara langsung sebagai ahli panel rancangan Keluarga di 9, saluran TV9 Media Prima berdasarkan butiran berikut :

  • Topik : Adat Perkahwinan Melayu
  • Pengacara : Farah Adeeba.
  • Tarikh : 28hb April 2008 (Isnin)
  • Waktu Siaran Langsung : 1.00 petang hingga 2.00 petang
  • Waktu Siaran Ulangan : 12.30 tgh mlm hari yang sama

Hentikan Menfitnah Dunia Buku!!!

April 24, 2008

Semalam 23 hb. April 2008 adalah HARI BUKU SEDUNIA. Hari yang diwujudkan bagi memberikan penghargaan kepada dunia pembacaan dan penerbitan buku.

Pada tahun-tahun sebelum ini, pada tarikh inilah dilaksanakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Namun begitu pada tahun ini disebabkan perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan, tarikhnya terpaksa dianjakkan lebih awal.

Semalam sepanjang jalan daripada Bentong ke Kuala Lumpur yang merupakan rutin saya bersama isteri setiap hari. Saya mendengar celoteh pemudahcara (anchor) Radio 24 bercerita mengenai dunia buku dan hari buku. Yang saya agak kecewa fakta pembaca Malaysia yang sama diperdengarkan, 2 buku setahun. Ini lebih baiklah daripada 2 helai muka surat sebelum ini.

Read more

Jangan Kerana Sekali Gagal, Gagal Selamanya

April 17, 2008

ramaiorang1.jpgSemasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, saya terserempak dengan seorang rakan sama seuniversiti tidak berapa lama dahulu. Beliau juga adalah seorang pengarang novel. Pernah menerbitkan beberapa novel dengan Creative Entreprise, Kaki Novel dan ada juga menerbit sendiri.

Saya menyapa beliau semasa beliau leka memilih buku di salah satu gerai di TR2. Saya bertanya perkembangan novel beliau. Maklum balas daripada beliau, beliau amat kecewa dengan jualan novel-novel karangan beliau. Pada pandangan beliau novel beliau yang masuk dalam kategori novel sastera amat sukar untuk dijual. Novel-novel terbitan penerbit sebelum ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini menyebabkan beliau amat kecewa dan berasa putus asa

Read more

Pengarang Berjiwa Besar, Pengarang Berjiwa Kecil

April 16, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 memberikan seribu satu kesimpulan buat sesiapapun yang ingin menganalisa. Daripada gelagat pempamer yang pelbagai, gelagat pengunjung pelbagai karenah hinggalah gelagat pengarang yang menarik hati.

Saya ada bertemu dengan beberapa pengarang PTS dan bukan PTS. Ada yang menerbitkan dengan pelbagai penerbit yang lain. Apa yang saya ingin ceritakan di sini adalah perbezaan di antara pengarang berjiwa besar dan pengarang yang berjiwa kecil. Di sini bukanlah untuk memperkecilkan sesiapapun tetapi hanya sebagai satu muhasabah di antara kita.

Apabila saya bertanya dengan para penulis terutamanya penulis PTS (kerana saya pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd), mengapakah tidak membuat penonjolan diri di gerai PTS. Pihak PTS amat mengalu-alukan mana-mana pengarang untuk membuat penampilan diri di sana. Pasti akan ada tukang lelong yang akan memperkenalkan para pengarang PTS kepad orang ramai. Ini juga adalah nilai tambah kepada PTS dan para pelanggannya.

Read more

Jurulatih Di Ceramah Hak Cipta, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

April 15, 2008

April 18, 2008
10:00 amto12:00 pm

Jurulatih Akademi Penulis Karya Bestseller merangkap konsultan kanan MQ Human Development bakal mengendalikan ceramah yang bertajuk “Hak Cipta & Hak Penulis” mengikut perincian berikut :

  • Tarikh : 18 April 2008
  • Masa : 10 hingga 12 tengah hari
  • Tempat : Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Salah Laluan Ataupun Salah Produk?

April 15, 2008

Sepanjang PBAKL 2008, antara isu yang paling hangat diperkatakan di kalangan pempamer adalah nasib pempamer di Dewan Tun Razak 2. Setiap hari sejak bermulanya PBAKL 2008, ada sahaja keluhan para pempamer di sana yang mengatakan dewan agak lengang berbanding dengan ruang pameran yang lain seperti di Dewan Tun Razak 3, 4 dan Ruang Legar Putra PWTC.

Isu ini hingga membawa kepada keluarnya satu petisyen daripada para pempamer TR2 kepada pihak JK pengelola PBAKL. Ada juga pempamer dari TR2 menyerang para JK tertinggi pengelola PBAKL. Semua ini berlaku di hadapan mata saya sendiri. Pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar dikeluarkan oleh mereka.

Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah ramai pengunjung tidak mahu ke sana kerana keletihan apabila sudah memasuki TR3, TR4 dan Legar Putra. Namun begitu peliknya, ia tidak berlaku kepada PTS. Jualan di gerai PTS walaupun berada di TR2 amat baik. Catatan hari biasa (tidak cuti) boleh mencecah jualan RM10 ribu ke RM20 ribu sehari. Catatan paling tinggi adalah pada hujung minggu hingga melebihi RM70 ribu. Gerai PTS tidak pernah lengang ada sahaja pengunjung yang mengerumuni buku-buku terbitannya.

Read more

PBAKL 2008 Yang Penuh Kejutan!!

April 14, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL) sudah melabuhkan tirainya, catatan luar biasa lebih 1.5 juta tercapai dalam masa 10 hari berlangsungnya PBAKL. Satu catatan yang menyanggah pelbagai mitos dan pandangan umum terhadap dunia buku Malaysia.

Pada tahun lepas PBAKL 2007 mencatat 1.02 juta pengunjung. Ini sudah memberikan seribu satu cabaran kepada JK penganjur PBAKL 2008. JK Publisiti & Promosi PBAKL diberikan cabaran bagi menjemput sekurang-kurangnya 1.5 juta pengunjung pada tahun ini. Saya sebagai S/U JK Publisiti & Promosi sentiasa berdebar-debar bagi menghadapi hari-hari di PBAKL. Ada beberapa cabaran, pertamanya catatan rekod tahun lepas. Keduanya sepanjang 10 hari berlangsungnya PBAKL 2008 iaitu daripada 4 hingga 13 April 2008 tidak ada sebarang tarikh pertembungan cuti umum atau cuti sekolah. Tidak seperti tahun lepas, PBAKL 2007 bertembung dengan hari buruh dan maulid rasul.

Read more

PBAKL 2008 Sudah Berakhir! Terima Kasih Semua!!

April 14, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL) sudah berakhir semalam. Alhamdulillah selepas 10 hari bertungkus lumus mengendalikan urusan PBAKL, ia selesai. Satu pengalaman yang cukup memberansangkan. Banyak rekod baru tercipta.

Terima kasih kepada semua individu yang memberikan bantuan dan dokongan kepada saya selama mana menjadi JK Pengelola PBAKL 2008. Kepada para Duta PBAKL, terima kasih kerana sudi bersama saya untuk membantuk PBAKL. Segala jasa adik-adik saya amat hargai, semoga Allah memberikan rahmat dan barakah kepada Anda semua.

Kepada para pelawat laman web ini selama lebih daripada 10 hari ini, saya memohon maaf jika tidak berkesempatan berkongsi pandangan di sini. Sibuk PBAKL sedikit sebanyak menyempitkan belon kerja saya. InsyaAllah banyak yang bakal dikongsi hasil jelajah PBAKL 2008.

Terima kasih kepada semua, terima kasih berbanyak-banyak.

Corat Coret PBAKL 2008 : Meriah! Memang Meriah!

April 9, 2008

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk berada di hadapan komputer riba saya untuk berkongsi pandangan dan maklumat dunia penulisan dan buku. Apabila disebut dunia buku, sekarang adalah waktu dan ketika yang dipanggil pesta peminat buku dan penerbit buku. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL).

Sejak tanggal 3 April 2008, saya sibuk mengendalikan urusan di bawah PBAKL 2008 ini. Sebagai salah seorang daripada penggerak PBAKL kesibukan ini membawa hingga  ke hari akhir iaitu pada 13 April 2008. Keluar jam 7.30 pagi dari rumah, sampai ke rumah kam 12 malam. Itulah rutin saya setiap hari pada ketika ini. Boleh mengadap komputer pun pada jam 4.30 pagi. Kemudian ia berulang kembali.

Read more

Next Page »