Lawatan Kerja Ke Pesta Buku Islam Jakarta 2008

February 26, 2008

February 29, 2008 9:51 amtoMarch 2, 2008 10:30 pm

Saya bersama rombongan PTS dan beberapa penerbit berada di Jakarta daripada 29 Februari hingga 2 Mac 2008. Ini adalah lawatan kerja ke Pesta Buku Islam Jakarta 2008. InsyaAllah banyak yang akan dikongsi di sini selepas saya pulang ke Malaysia. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang.

Paradoks Negeri Para Nabi

February 26, 2008

Ini adalah sumbangan daripada sahabat saya Bapak Deden Ridzwan, GM Hikmah, Mizan Publishing House

Oleh M. Deden Ridwan, konsultan media & praktisi dunia penerbitan

AKHIR Januari lalu, saya baru saja menghadiri Cairo International Book Fair (CBF). Pesta meriah ini digelar selama kurang-lebih dua minggu. Mulai 22 Januari-04 Februari 2008. Bertempat di lokasi khusus pameran, berupa lapangan seluas 10-an hektar, dengan 12 hall, di kawasan Nasr City, Cairo, Mesir. Di lapangan itulah para pengunjung dari penjuru dunia bisa menikmati stand-stand buku berjejer. Meskipun bentuk stand-standnya tampak sederhana. Alias tak mencerminkan kualitas seni yang tinggi. Namun justru dengan begitu nuansa klasiknya cukup menonjol.

Dalam beberapa kali pameran buku di Jakarta Convention Center (JCC), saya sering merasa capek berkeliling ke seluruh stand. Ternyata, setelah menghadiri CBF, pameran di JCC itu terasa amat kecil. Saking luasnya, saya pun tak berhasil mengunjungi semua stand tersebut secara detail. Karena memang memerlukan energi dan waktu yang cukup lumayan.

Read more

Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan?

February 14, 2008

Apabila saya bertanya kepada peserta-peserta bengkel penulisan yang saya kendalikan. Mengapakah Anda semua tidak menulis? Ramai yang memberikan seribu satu alasan hampir sama.

Antara alasan yang diberikan “Kami tidak ada pengalaman”, “Kami tidak ada bakat”, Kami tidak tahu bagaimana hendak menulis”, kami tidak itu, kami tidak ini.

Kesemua alasan dan jawapan sebegini sama sahaja sama ada pesertanya di kalangan remaja ataupun dewasa, di kalangan pelajar ataupun pensyarah, di kalangan pendidikan rendah hinggalah bertaraf profesor.

Apakah sebenarnya berlaku di sini? Adakah memang benar perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Jika kita telitikan satu persatu, alasan-alasan sebegini bukan hanya dalam berkisar persoalan penulisan sahaja. Apabila soalan yang sama ditanya mengenai mengapa tidak berniaga? Mengapa tidak menyanyi? Mengapa tidak menyertai amanah saham? Mengapa tidak  itu dan ini. Alasan seakan-akan sama akan dikeluarkan. Benarkah? Cubalah mula bertanya kepada rakan-rakan terdekat.

Saya yakin dan percaya lebih daripada 70% jawapan adalah seperti di atas.

Mengapa begini jadinya? Ini semuanya bermula daripada diri sendiri. Apakah skrip hidup yang kita tulis dalam diri kita mengenai sesuatu perkara. Skrip itu skrip menarikkah, berjayakah ataupun gagalkah? Kesemuanya diterjemahkan kepada cara kita berfikir dan bertindak. Bagaimana hendak mengenali dan keluar daripada situasi sebegini? Kita akan bincangkan dalam artikel mendatang.

Letih Sebentar Sudah Selesai!!

February 14, 2008

Apa benda sebenarnya yang ditulis di atas? Tentu ada yang berkata begitu? Nampak macam canggung sahaja ayat tajuk ini. Tak mengapalah itu yang sebenarnya berlaku kepada diri saya dalam seminggu dua ini.

Laman ini agak kesepian daripada artikel-artikel baru, bukan sebab lupa tetapi tidak berkesempatan. Apabila hendak buka laman ini, terfikir banyak perkara yang harus dilakukan.

Seminggu dua ini saya sibuk dengan persiapan PBAKL 2008 : Sepetang Bersama Media. Program ini dianjurkan sebagai langkah mula kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Saya sebagai setiausaha Jawatankuasa Promosi & Publisiti PBAKL 2008 diberikan tanggungjawab bagi memastikan perjalanan program ini lancar. Antara perkara yang dikendalikan oleh saya adalah membuat jemputan dan membuat timbal balas media yang hadir pada program tersebut.

Read more