Mari Bertemu Dengan PTS Millennia Sdn. Bhd

January 25, 2008

Saya meneliti beberapa pandangan yang diberikan oleh rakan penulis melalui SMS, email dan ruangan diskusi di laman ini. Pandangan-pandangan bernas daripada semua amat saya alu-alukan dan dahului dengan jutaan terima kasih.

Sehubungan dengan itu pihak kami ingin menganjurkan sesi ramah mesra bersama PTS Millennia Sdn Bhd. Sesi ini diwujudkan bagi membuka ruang bagi pihak pengarang bertukar-tukar pandangan dengan pihak kami. Di samping itu juga pada sesi ini pihak kami akan membentangkan perancangan PTS Millennia bagi tahun 2008 hingga 2010. Konsep, model, tajuk dan banyak lagi akan dikongsikan dengan semua.

Sesi ini dibahagikan kepada empat sesi yang akan diadakan dalam dua hari 23 dan 24 hb. Februari 2008. Para pengarang PTS Millennia Sdn Bhd (baru dan lama) dan bakal pengarang adalah dijemput hadir. Perinciannya boleh dirujuk di ruangan aktiviti akan datang di sebelah kanan laman. Saya amat berminat untuk bertemu dengan semua bagi membuang segala kekusutan mengenai program dan dasar penerbitan di PTS Millennia khususnya dan Kumpulan PTS amnya. Kita bertemu di sana.

Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis buku Remaja & I-Novela

January 25, 2008

February 24, 2008
2:00 pmto5:00 pm

Sesi ramah mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan penulis-penulis buku Remaja & I-Novela

  •     Tarikh : 24 Februari 2008
  •     Masa : 2 petang hingga 4 petang
  •     Tempat : Sekolah Agama Al-Ikhlas, Taman Permata

Agenda :

  •     Perancangan PTS Millennia Sdn Bhd 2008 - 2010
  •     Konsep buku dikehendaki dalam bidang ini
  •     Perkara-perkara berbangkit & sesi soal jawab pengarang
  •     Perkara-perkara lain

Semua pengarang PTS Millennia Sdn Bhd (lama dan baru) dan bakal pengarang yang berminat menulis dalam bidang ini dijemput bersama. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi saudara Ikram di talian 016 6611 649 & email ikram@pts. com.my ataupun Nurul Hafizah di talian 016 6611 764 & email nurulhafizah@pts.com.my.

Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Wanita, Gaya Hidup dan Perhubungan

January 25, 2008

February 24, 2008
9:00 amto12:00 pm

Sesi ramah mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan penulis-penulis buku Wanita, Gaya Hidup dan Perhubungan

  •     Tarikh : 24 Februari 2008
  •     Masa : 9 pagi hingga 10 pagi
  •     Tempat : Sekolah Agama Al-Ikhlas, Taman Permata

Agenda :

  •     Perancangan PTS Millennia Sdn Bhd 2008 - 2010
  •     Konsep buku dikehendaki dalam bidang ini
  •     Perkara-perkara berbangkit & sesi soal jawab pengarang
  •     Perkara-perkara lain

Semua pengarang PTS Millennia Sdn Bhd (lama dan baru) dan bakal pengarang yang berminat menulis dalam bidang ini dijemput bersama. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi saudara Ikram di talian 016 6611 649 & email ikram@pts. com.my ataupun Nurul Hafizah di talian 016 6611 764 & email nurulhafizah@pts.com.my.

Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Motivasi & Pembangunan Diri

January 25, 2008

February 23, 2008
2:00 pmto4:00 pm

Sesi ramah mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan penulis-penulis buku Motivasi & Pembangunan Diri

  • Tarikh : 23 Februari 2008
  • Masa : 2 petang hingga 4 petang
  • Tempat : Sekolah Agama Al-Ikhlas, Taman Permata

Agenda :

  • Perancangan PTS Millennia Sdn Bhd 2008 - 2010
  • Konsep buku dikehendaki dalam bidang ini
  • Perkara-perkara berbangkit & sesi soal jawab pengarang
  • Perkara-perkara lain

Semua pengarang PTS Millennia Sdn Bhd (lama dan baru) dan bakal pengarang yang berminat menulis dalam bidang ini dijemput bersama. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi saudara Ikram di talian 016 6611 649 & email ikram@pts. com.my ataupun Nurul Hafizah di talian 016 6611 764 & email nurulhafizah@pts.com.my.

Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Islam Kontemporari

January 25, 2008

February 23, 2008
9:00 amto12:00 pm

Sesi ramah mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan penulis buku Islam Kontemporari :

  • Tarikh : 23 Februari 2008
  • Masa : 9 pagi hingga 12 tengah hari
  • Tempat : Sekolah Agama Al-Ikhlas, Taman Permata

Agenda :

  • Perancangan PTS Millennia Sdn Bhd bagi 2008 - 2010
  • Konsep buku dikehendaki dalam bidang ini
  • Perkara-perkara berbangkit & sesi soal jawab pengarang
  • Perkara-perkara lain

Semua pengarang PTS Millennia Sdn Bhd (lama dan baru) dan bakal pengarang yang berminat menulis dalam bidang ini dijemput bersama. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi saudara Ikram di talian 016 6611 649 & email ikram@pts. com.my ataupun Nurul Hafizah di talian 016 6611 764 & email nurulhafizah@pts.com.my.

Pengarang Baling Batu Sembunyi Tangan

January 23, 2008

Saya tertarik hendak memberikan komen mengenai satu artikel Puan Ainon dalam laman web beliau UNIKA PTS. Artikel Macam-macam Komplen Mengenai PTS. Selama ini saya banyak berdiam diri sahaja mengenai perkara ini sebab saya berpandangan bahawa perkara ini tidak terlalu membarah. Namun begitu selepas meneliti beberapa komen di bawah artikel tersebut saya terpanggil hendak menyuarakan sesuatu.

Apabila menyebut pengarang membuat komen dan komplen kepada PTS, saya sudah berada dalam pasukan PTS lebih kurang sama usia dengan penubuhannya. Daripada tahun pertama penubuhannya hinggalah sekarang saya sudah menghadapi pelbagai karenah pengarang. Ada yang mengatakan PTS penipu, suka ambil duit pengarang, tipu royalti, PTS KAFIR dan sebagainya.

Read more

Natasha Hudson, Karya Asli & Plagiarisme

January 19, 2008

Oleh Mohamad Syafizan Mohamed Kasim (Mat Jan)

Saya rasa isu ini menarik, jadi saya nak kongsi dengan kawan-kawan.

Kepada yang tak kenal Natasha Hudson, dia adalah model dan pelakon. Antara filem yang dia berlakon: Chermin dan Sumolah. Dia juga terkenal kerana kes perceraian dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih, selepas hanya empat bulan berkahwin. Lepas tu dia berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ranhill. Macam-macamlah gossip tentang kes cerai dan kahwin dia, tapi saya nak cakap pasal isu lain.

Pertengahan tahun lepas, buku dia launch, buku puisi kanak-kanak, “Puisi Indah Si Pari-Pari”. Siap masuk surat khabar. Ini link The Star:

Read more

Memberi Makna Kepada Penulisan

January 18, 2008

Tempoh hari saya berpeluang duduk berdiskusi dengan pasukan penulis-penulis di bawah pengurusan RK Training. Kami berdiskusi dan membuat brainstorming produk buku yang bakal ditulis oleh pasukan ini. Banyak perkara menarik keluar daripada perbincangan tersebut yang ingin saya kongsikan bersama semua.

Dalam dunia penulisan seseorang penulis seharusnya boleh menjawab 3 soalan mengenai penulisannya iaitu :

  1. Mengapakah dia ingin menulis
  2. Apakah sebenarnya yang ditulis
  3. Apakah impak yang ingin dia lihat apabila orang membaca karya dia tulis

Ketiga-tiga soalan ini nampak gaya seperti mudah, namun begitu bagi seorang penulis menjawabnya agak sukar. Ada sesetengah penulis dia menulis hanya untuk menulis. Mereka tidak melihat kepada bagaimana memberikan makna kepada penulisan. Dalam kata lain tiada apa-apa perjuangan daripada penulisannya itu.

Read more

Faisal Tehrani Yang Ku Kenali

January 15, 2008

Faisal TehraniPada hari ini adalah hari pertama saya mulakan satu topik baru di bawah Akademi Penulis Karya Bestseller, iaitu pengarang minggu ini.

Buat artikel pertama saya ingin tulis mengenai saudara Faisal Tehrani atau nama sebenarnya Faizal Musa. Sejarah saya bersama beliau agak lama, bermula daripada zaman saya di tahun satu dua Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

Pada ketika itu saya bertugas sebagai Setiausaha Biro Sukan & Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 1996/97. Ia adalah salah sebuah biro di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

Pada ketika itu saya kenal beliau sebagai seorang cerpenis dan penggiat teater Universiti Malaya. Beberapa teater beliau antaranya Rintih Chicago ama dikagumi hasilnya oleh ramai penggiat teater kampus dan negara. Saya amat meminati tulisan beliau. Beliau amat pandai ‘menipu’ pembaca dengan penulisan realist hinggakan kita berasa berada di tempat di mana cerpen itu berada. Ini kehebatan beliau hingga sekarang.

Read more

Konsep Berdasarkan Tujuan

January 11, 2008

Dalam artikel lepas, kita sudah mulakan mengenai bagaimanakah untuk menyediakan konsep buku. Konsep buku perlu berdasarkan tujuan, ini yang kita mula sebut sebelum ini. Apabila tujuannya untuk memberikan motivasi belajar, konsep perlu juga begitu. Apabila untuk motivasi ibu bapa, konsepnya harus menuju ke arah itu.

Sebelum ini kita meletakkan contoh buku Menjadi Pelajar Super, di sini kita teruskan dengan tajuk yang sama.

Sasaran Pembaca

Kita perincikan siapakah golongan sasaran kita. Ia boleh diperincikan mengikut jantina, umur, latar belakang, suasana dan sebagainya. Bagi buku Menjadi Pelajar Super ini kita cuba buatkan perinciannya :

Read more

Next Page »