Menulis Ruangan Bersyukur Nikmat Tuhan
August 28, 2007
Adakah anda terfikir apakah sebenarnya hikmah diturunkan ayat pertama yang menyebut mengenai membaca dan menulis menggunakan kalam? Adakah anda terfikir mengapakah Tuhan menurunkan mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad adalah berbentuk ayat-ayat penuh keindahan iaitu Quran? Mengapakah tidak diberikan tongkat seperti Nabi Musa? Mengapakah tidak diberikan mukjizat menguasai jin dan angin sepertimana Nabi Sulaiman?
Pada pandangan peribadi saya, ia adalah kerana Allah ingin menjadikan manusia yang berfikir. Manusia yang meneliti, mengkaji dan membongkar rahsia ciptaan Tuhan. Ia diberikan dalam bentuk kitab yang penuh hikmah dan maksud tersirat. Kita boleh lihat betapa keajaiban di sebalik Quran inilah menjadikan dunia ini lebih harmoni. Pengkajian Quran di kalangan intelektual Islam terdahulu menjadikan Islam sebagai sebuah agama ilmu tinggi. Penemuan-penemuan terbaru pada zaman Abbasiyyah dan Umaiyah jelas menggambarkan keajaiban itu. Tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al Jabbar, Al Farabi dan ramai lagi terhasil daripada sekolah Al-Quran.
Kita juga harus menghayati dan mencontohi mereka ini. Mereka juga menjadikan ruangan penulisan sebagai wadah menyampaikan ilmu hasil daripada doktrin Al-Quran. Ia bagi dikongsikan dan diabadikan hingga ke generasi akan datang. Pada pandangan saya mereka menjadikan penulisan sebagai platform mensyukuri nikmat Tuhan. Tuhan memberikan seribu satu ilmu melalui Kalamnya dan ini diterjemahkan dalam bentuk penulisan terbaik daripada para pakar ini.
Mari kita menyertai golongan ilmuwan ini mensyukuri nikmat Tuhan melalui penulisan.
Apabila Sudah Menulis Susah Hendak Berhenti Sebab Idea Mencurah
August 27, 2007
Tempoh hari kami berjaya menganjurkan program Bicara Penulis Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohammad di Alamanda Putrajaya. Ia bersempena promosi buku Motivasi Alihan Pelajar di Pesta Buku MPH. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Acara sebegini selalunya dibuat bagi memperkenalkan pengarang kepada umum.
Saya tertarik kepada kata-kata Dr. Tengku Asmadi semasa minum petang sebaik sahaja tamat sesi temuramah PTS TV bersama beliau.
Saya dahulu hendak menulis isteri saya marah sebab menulis sampai tengah malam. Apabila sudah mula menulis idea keluar mencurah-curah. Dia menemankan saya sampai tengah malam. Tapi sekarang bila sudah lihat hasilnya kami berdua sudah boleh tersenyum.
Inilah kepuasan seorang penulis apabila melihat hasil usaha mereka selama ini. Bersama ini saya sertakan sedikit petikan temuramah bersama beliau oleh PTS TV
Bengkel DBP Suatu Pengalaman Menarik
August 25, 2007
Alhamdulillah semalam saya diberikan ruang untuk berceramah di Dewan Bahasa & Pustaka. Walaupun saya sudah sering memberikan bengkel penulisan seluruh Malaysia, namun begitu inilah kali pertama saya dijemput berceramah di DBP. Terima kasih kepada pihak penganjur.
Dalam sesi yang dikendalikan oleh saya semalam, saya menyampaikan mengenai program pelesenan hak cipta, royalti dan senario penerbitan di Malaysia. Maklum balas yang paling baik saya terima daripada pihak Dewan Bahasa Brunei. Mereka antara yang paling aktif bertanya dalam sesi tersebut. Banyak persoalan yang ditanyakan. Banyak juga maklumat baru mengenai senario penerbitan di Brunei dikongsikan oleh mereka dengan saya.

Jurulatih di Dewan Bahasa & Pustaka Mengendalikan Bengkel Penulisan Untuk Pembaca Umum Esok
August 23, 2007
Saya baru sahaja diminta oleh Tuan Haji Rashid Azad Khan, Ketua Pegawai Eksekutif PTS bagi mengendalikan sesi ceramah di Dewan Bahasa Dan Pustaka esok hari. Bengkel Penulisan Buku ilmu Untuk Pembaca Umum ini adalah pengisian di bawah Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).
Saya dimaklumkan terdapat 6 orang wakil daripada Brunei dan 14 wakil daripada Malaysia yang menjadi peserta. Antara penceramah yang turut mengendalikan bengkel tersebut adalah dua orang penceramah hebat iaitu Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan En. Hasrom Harun. Tidak ketinggalan En. Nazrul Samsudin daripada PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Sesi ceramahnya adalah daripada jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Writing tops poll of ideal jobs (In Britain)
August 23, 2007
Satu artikel menarik daripada book guardians
Michelle Pauli
Tuesday August 21, 2007
Guardian Unlimited
More Britons dream about becoming an author than any other job, according to a new survey.
A YouGov poll has found that almost 10% of Britons aspire to being an author, followed by sports personality, pilot, astronaut and event organiser on the list of most coveted jobs.
More women than men yearn to write, while those aged between 35 and 50, and those over 50 were most likely to dream about getting published. The under-35s were most keen on becoming a sports personality.
With writing is not traditionally seen as the most glamorous of jobs, JK Rowling can arguably take some of the credit for adding some stardust to the vocation in recent years. The Harry Potter author’s rags to riches tale of writing her bestselling boy wizard stories in an Edinburgh café while struggling as a single mother has caught the public imagination - along with the ensuing multi-million pound fortune. While the survey did not ask what kind of books the wannabe writers would like to publish, there has been a huge increase in submissions of children’s literature to agents and publishers since the Hogwarts show came to town.
The internet has also opened up new opportunities for aspiring authors through online writing groups, tutorials, fan fiction and new forms of self-publishing. At the same time, there has been an explosion of creative writing courses in universities since the first arrived in Britain at the University of East Anglia in 1970.
The YouGov poll questioned 2,461 people across Britain.
Karya Yang Baik Datang Daripada Yang Buruk
August 22, 2007
Semalam saya menghadapi satu hari yang amat mengecewakan. Ada beberapa peristiwa yang menyebabkan saya hilang mood sekejap hendak menulis. Namun begitu saya merasakan ini adalah kurniaan Tuhan. Yang buruk pun daripada dia dan baik pun daripada dia. Kedua-duanya ada hikmah. Tidak mengapalah. (Anda ingin tahu lanjut, InsyaAllah akan diceritakan di fauzulnaim.com)
Dalam bengkel-bengkel yang saya kendalikan, selalu saya terangkan bahawa dalam dunia ini tidak ada karya yang boleh dikatakan sebagai masterpiece kecuali wahyu Tuhan. Karya-karya yang dikatakan sebagai masterpiece sekarang wujud selepas kematian pengarang asalnya. Jika anda tidak percaya cuba buat kajian sedikit. Pada masa pengarangnya masih hidup, karya-karya tersebut ditohmah, dikeji, dicaci dan ditolak oleh masyarakat. Apabila mereka mati barulah karya-karya ini disebut sebagai karya agung. Mengapa? Sebab pengarangnya sudah mati dan tiada orang lain boleh menghasilkan karya yang sama.
Jadi jika Anda inginkan karya masterpiece, tulislah dahulu karya-karya tersebut. Selepas anda meninggal InsyaAllah orang akan mengatakan ia adalah sebuah karya masterpiece
.
Karya yang baik berasal usul daripada yang buruk. Kebanyakan pengarang bestseller di dunia ini karya pertamanya adalah yang buruk. Bagaimana menjadi baik dan bestseller? Mereka ini belajar dengan perjalanan masa. Mendapatkan maklum balas pasaran, individu, organisasi dan sesiapa sahaja. Apabila mendapatkan maklum balas tersebut mereka cuba baiki mana yang buruk, mana yang baik dimantapkan lagi. Jadi kita tidak perlu takut menulis. Tulislah.
Buat Kerja Baik Tuhan Tolong
August 21, 2007
Saya teringat dalam satu bengkel buat para pensyarah sebuah fakulti pengajian yang menghasilkan barisan ustaz pembela agama di lembah Klang. Dalam bengkel tersebut saya terangkan kepentingan para ilmuwan Islam menulis khusus untuk berdakwah. Kita perlu tonjolkan kelebihan dan kecantikan Islam tanpa mengajar dan menghukum-hukum. Penulisannya perlu jelas dan membumi. Keluarkan unsur-unsur prejudis agama seperti ayat Quran (yang jawi), cukup hanya kupasan maksud Quran, perkataan-perkataan menunjukkan emosi orang Islam dikeluarkan dan banyak lagi.
Kemudian ada seorang pensyarah di kalangan peserta bangun. Beliau berhujah menidakkan apa yang saya kata. Antara ayat yang paling saya ingat.
Jika kita berbuat begini sukarlah kita hendak naik pangkat. Kredibiliti seseorang pensyarah dilihat daripada kuatnya unsur akademik dalam penulisan. Jika menggunakan bahasa mudah ia tidak menunjukkan penulis tersebut ahli akademik.
Saya tersenyum mendengar kata-kata yang pada pandangan saya tidak harus keluar daripada mulut seorang pensyarah berkelulusan pengajian Islam. Saya menjawab
PTS tidak melihat naik pangkat di dunia. Kita lihat peningkatan darjat kita di akhirat. Jika penulisan kita dapat menjentik minda dan menjadi penyebab orang mendapat hidayah Allah, InsyaAllah besar darjat kita di sisi Tuhan.
Pensyarah tersebut tidak muncul pada sesi petang selepas makan tengah hari.
Saya melihat penulis PTS mendapat ganjaran royalti tertinggi di PTS pada tahun ini adalah di kalangan mereka yang menulis bukan untuk mendapat ganjaran dunia semata-mata. Mereka menulis dengan ikhlas demi menunjukkan kehebatan ilmu Islam. Alhamdulillah mereka ini mendapat rezeki melimpah ruah di dunia juga akhirat. Mana penulis yang meletakkan wang ringgit sebagai perkara utama bukunya tidak meletup. Buat kerja Tuhan tolong.
Idea Luar Biasa & Segar
August 20, 2007
Apabila berbincang dengan pegawai daripada kedai buku berantai seperti MPH ataupun Popular. Soalan yang ditanya selalu apakah buku yang menjadi bestseller sekarang? ![]()
Semua penerbit mempunyai cabaran mengeluarkan idea terbaru dan segar. Setiap bahagian dalam satu tahun mempunyai masa emas bagi idea baru. Cuma yang susahnya hendak mengetahui saat emas tersebut. Ia pula hanya untuk topik tertentu pula. Masa emas bagi topik tertentu adalah formula yang masih dicari-cari oleh semua penerbit. Seperti kata Azizi Ali dalam pertemuan lalu :
Kalau kita tahu sudah lama jadi kaya
Dahulunya Azizi Ali menulis mengenai menjadi jutawan, ia menjadi fenomena. Penerbit-penerbit lain juga menerbitkan karya seumpamanya, juga bestseller. Kemudian novel cinta Alaf 21 menjadi fenomena, kemudian orang lain pun ikut sama dan turut mendapat bahagian mereka.
Sekarang tidak ada idea yang sehebat itu, bergantung kepada Anda semua untuk keluarkannya. Apa tunggu lagi? Mungkinkah karya Anda adalah yang ditunggu-tunggu sekarang ini.
Memenuhi Kehendak Pembaca Vs Memenuhi Keperluan Ummah
August 19, 2007
Alhamdulillah semalam PTS Millennia Sdn Bhd berjaya menganjurkan program Bicara Buku Quran Saintifik Oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Dr. Danial sanggup datang dari Pulau Pinang ke sini di celah-celah kesibukan beliau. Pihak kami amat berbesar hati dengan komitmen yang diberikan oleh beliau.
Semalam dalam sesi temuramah beliau bersama PTS TV (PTS akan melancarkan web tv sendiri tidak berapa lama lagi). Dr. Danial ada mengatakan mengenai trend penulis yang ingin mengikut trend pembaca. Dalam istilah yang agak kasar mengikut ‘nafsu’ pembaca. Beliau kurang bersetuju dengan cara sebegini. Ia bukan sahaja diamalkan oleh para penulis tetapi juga para penerbit. Apabila pasaran novel naik, ramai penulis yang menulis novel dan penerbit juga’gila-gila’ menerbitkan novel.
Sebagai penulis yang baik, kita seharusnya memikirkan keperluan ummah dan bukan kehendak semata-mata. Ini berlaku kerana mereka melihat kepada wang bukannya tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Saya bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dikatakan oleh Dr. Danial.
Penulis perlu melihat apakah permasalahan yang berlaku di dalam masyarakat sekarang. Masalah sosial, masalah jenayah dan banyak lagi. Perkara-perkara ini umpama bom jangka yang akan meletup memusnahkan bangsa dan negara. Kita mencari bersama-sama cara bagaimana hendak mengendali dan menguruskan segala situasi sukar ini. Sebagai penerbit pula, kami perlu mempakejkan bahan-bahan itu bersesuaian dengan kehendak penulis. Cara persembahan, cara penulisan, cara promosi dan sebagainya adalah kerja penerbit.
Kedua-duanya bergabung membangunkan ummah. Mari bersama-sama kita buat ‘kerja’ ini.
Diskusi Quran Saintifik Di Alamanda Putrajaya Sabtu, 18 Ogos 2007
August 17, 2007
PTS Millennia Sdn. Bhd. menjemput saudara dan saudari ke program “Bicara Penulis Dr. Danial Zainal Abidin” yang dianjurkan sempena MPH Bookfair dengan kerjasama erat MPH Bookstores Sdn. Bhd. bagi mempromosikan buku terbaru Dr. Danial iaitu Quran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Bicara penulis ini akan diadakan mengikut perincian berikut :
- Tempat : Centre Court, Alamanda, Putrajaya,
- Tarikh : 18 Ogos 2007 (Sabtu)
- Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Ini saya sertakan petikan video diskusi buku ini di Selamat Pagi Malaysia buat tatapan semua sebelum bersama kami di Alamanda Putrajaya

